Saturday, 17 October 2015

CONTOH PENULISAN SEJARAH

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang terbilang,
Antara Rialiti Dan Fantasi
Oleh: Muhammad Adib Bin Ahamad

Abstrak

Cerita mengenai Sarjan Hassan sangat sinonim jika dikaitkan dengan unsur kepahlawanan dan petriotik dikalangan rakyat Malaysia. Terutamanya di hari pahlawan atau pun hari kemerdekaan di negara Malaysia, kita akan selalu didendangkan tentang kewibawaan beliau  dan acap kali filemnya ditayangkan di television. Disebalik kaca television dan rialiti , Sarjan Hasan menyimpan banyak rahsia yang belum terungkap. Di sebalik sejarah hidupnya, terungkai seribu nilai yang perlu kita pelajari. Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menterang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman perintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada di tangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.  Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak. Kisah hidup beliau  akan diterjemah secara rialiti berpandukan kajian yang lepas dengan menggunakan belbagai kaedah untuk menyokong fakta dan kebenaran mengenai beliau. Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang Terbilang, Antara rialiti Dan Fantasi akan merungkai kisah hidup beliau yang sebenar.



Pengenalan

Apa itu penulisan sejarah?
Penulisan sejarah merupakan satu bentuk penulisan yang bersandarkan kepada penyelidikan. Ia bertindak sebagai satu alat pengkajian mengenai fenomena-fenomena masa lampau yang mempunyai pendekatan serta kaedah-kaedah saintifiknya tersendiri. Justeru itu penulisan sejarah harus dilakukan mengikut teknik-teknik yang betul dan ilmiah supaya ia bermutu, mudah dan berkesan. Bagi menghasilkan sebuah karya yang objektif, di antara teknik yang biasanya digunakan adalah pembentukan ayat, petikan, nota kaki dan bibliografi. Lain-lain adalah simbol-simbol dan singkatan yang harus diguna secara sistematik; seperti sic., ibid, op.cit, loc.cit, passim, pengikat kata, titik, coma, kurungan, tanda kutipan, nama tempat dan penerbit sumber, tarikh terbitan, halaman sumber yang dirujuk atau dikutip. Kesemua teknik ini harus diambil berat oleh seseorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya sejarah yang bermutu tinggi. Dalam tajuk Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Terbilang, Antara Rialiti Dan Fantasi, penulisan sejarah menumpukan aspek kebenaran tokoh tersebut. Ianya di kaitkan sepenuhnya melalui filem lakonan Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk Sarjan Hassan dengan rialiti yang sebenar.

Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Latar masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikut :

·        Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agamanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.

·        Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.

Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Pernyataan Masaalah.
Dikatakan, Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Berdasarkan kajian yang lepas mengenai filem ini, terdapat beberapa sudut yang tidak diketengah kan oleh penulis. Ataranya sisi utama tokoh. Sarjan Hassan didalam Filem ini tidak menerapkan cara hidup islam yang sebenar. Ianya hanya menerapkan elimen melayu semata sedangkan kita mengetahui mengenai status agamanya. Masaalah  ini berlaku mungkin kerana ketiadaan sumber yang sahih. Dan dalam penulisan kali ini sumber utama anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee) akan memberi penjelasan yang sebenar.

Tinjauan Kajian Lepas

Selepas dikaji berdasarkan kajian yang lepas mengenai filem ini, terdapat beberapa sudut yang tidak diketengah kan oleh penulis. Ataranya adalah nilai budaya islamik, dilihat dalam file mini Sarjan Hassan tidak menerapkan cara hidup islam yang sebenar. Ianya hanya menerapkan elimen melayu semata sedangkan kita mengetahui mengenai status agamanya. Dalam aspek pendidikan pula tidak dinyatakan secara jelas mengenai taraf pendidikan beliau sedangkan beliau dilihat sangat arif dalam berbahasa inggeris. Selain itu dari sudut nilai, adakah keperwibawaan Sarjan Hassan berdasarkan dendam atau hak menjaga kedaulatan Negara yang diutamakan.


Masaalah  ini berlaku mungkin kerana ketiadaan sumber yang sahih. Dan dalam penulisan kali ini sumber utama anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee) akan memberi penjelasan yang sebenar.

Objektif Kajian Lepas

Kajian ini dilakukan untuk merungkai sisi lain tokoh yang tersirat dialam rialiti kehidupan dan di kaitkan dengan filem Sarjan Hassan lakonan Tan Sri P Ramlee. Antara aspek yang di kaji adalah:
  1. Cara hidup islam yang ditunjukkan oleh tokoh
  2. Taraf pendidikan tokoh
  3. Nilai dan pengajaran dalam kehidupan rialiti tokoh

Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini meliputi skop sosio budaya dan agama yang tersemai dalam diri tokoh berdasarkan sumber nyata dan perbandingan dengan Filem Sarjan Hassan. Penulis bertanyakan soalan kepada sumber dan menterjemahkannya menjadi penulisan sejarah

Kaedah Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menyediakan satu set borang soal selidik (questionnaire survey method) yang digunakan sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (2005:202), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta seperti kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik ini diberikan kepada setiap sumber yang diyakini kesahehannya. Bagi mendapatkan maklumbalas, penyelidik menyerahkan dan mengumpulkan sendiri set soal selidik tersebut. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Bahagian A adalah mengenai demografi atau latar belakang responden.Manakala bahagian B, C dan D pula mengandungi jumlah kesemua soalan yang perlu dijawab oleh responden iaitu merangkumi 30 item bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian. Berikut adalah item-item bagi setiap bahagian:-

i. Bahagian A
Bahagian A set soal selidik mengandungi item yang berkaitan dengan latar belakang responden. Aspek aspek yang akan disoal dalam  bahagian ini ialah berkaitan biodata orang sumber. Pada bahagian ini responden diminta menandakan satu jawapan pilihan yang diberi.

ii. Bahagian B
Bahagian B pula mengandungi 10 item berkaitan dengan apakah kaitan oaring sumber dengan Sarjan Hassan

iii. Bahagian C
Bahagian C pula mengandungi 10 item mengenai apakah persepsi orang sumber mengenai filem Sarjan Hassan


iv. Bahagian D

Bahagian D mengandungi 10 item yang membincangkan mengenai  pendapat sumber terhadap watak dan perwatakan P Ramlee dalam filem Sarjan Hassan samaada sama degan rialiti atau tidak

Dalam bahagian B, C dan D soalan soal selidik, penyelidik menggunakan skala Likert. Responden dikehendaki menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem yang lain (Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999 : 97). Penyelidik menggunakan soal selidik yang bersifat positif yang bertujuan untuk mengalakkan responden
memberi maklum balas yang dikehendaki dalam pemilihan jawapan skala Likert yang menjadi pengukur untuk menjelaskan setiap skor yang diperolehi daripada item-item yang terbabit.
Data-data sekunder yang sesuai amat diperlukan bagi mendapatkan maklumat tertentu dan sekaligus dapat menyokong kajian yang dijalankan ini. Data-data ini diperolehi melalui:

i. Buku-buku, laporan kajian dan penyelidikan bertulis di Perpustakaan Sultanah Zanariah  (PSZ), UTM.
ii. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur.
iii. Buku-buku, latihan ilmiah dan kertas kerja di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Shah Alam.
iv. Buku-buku dan kertas projek (tesis dan disterasi) di Perpustakan Utama, Universiti Malaya.
v. Surat khabar dan artikel majalah
vi. Internet.





8.3 Dapatan Kajian
8.3.1 SIAPA SARJAN HASSAN SEBENARNYA?
UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu. Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.  Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.

Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.

Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal  Allahyarham.  Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.  Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas beberapa ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis.  "Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya. Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan.
Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai.

8.3.2 Taraf Pendidikan
Jika di lihat didalam filem Sarjan Hassan, watak yang didokong oleh P Ramlee hanya menumpukan pendidikan disekolah rendah sahaja. Sedangkan seperti yang kita sedia maklum, ketika dewasanya Sarjan Hassan mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan fasih. Persoalan ini timbul “adakah taraf pendidikan Sarjan Hassan hanya setakat tahun 5 sahaja?’ menurut orang sumber yang utama, anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan telah merungkaikan persoalan tersebut dengan mendalam. Taraf pendidikan Sarjan Hasan dilihat bukan setaka darjah lima sahaja, menurut Mohsin, ayahnya pernah menerima pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala SawahRantauNegeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun.

Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Dari sisi ini dapat kita lihat sudut lain ketokohan Sarjan Hassan. Jika dibandingkan dengan filem, beliau dilihat hanya menumpukan nilai kemelayuan semata. Sedangkan  Beliau telah diajar ilmu keagamaan semenjak dari kecil dan sentiasa mengikut lunas lunas keagamaan dalam setiap tindakan. Nilai ini dapat kita gambarkan melalui sifat beliau. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten.

 Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama [1]pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor.

Jika diimbau kembali ketika detik beliau menimba ilmu, banyak kenangan suka dan duka dapat di imbau. Menurut anak aruah sarjan Hassan, Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950.

Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 September 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.

Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, bermula pada 16 November 1953 dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah.

Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda mendengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan.

Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang pegawai tidak bertauliah dalam platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap.

Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri.

Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senapangnya ke arah mereka, tetapi Allahyarham lebih pantas melepaskan tembakan yang berjaya membunuh pengganas terbabit.

Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham.

Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya.

Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain.

Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai suasana hutan tebal yang cukup tinggi.

Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya.


Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957
MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat [2]merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas.

Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion, Leftenan Kol EA Hefford dianugerahkan Military Medal (MM) pada 30 Disember 1953.

Beliau menerima pengiktirafan itu apabila Ratu melalui London Gazette menganugerahkan MM kepada Sarjan Hassan pada 12 Mac 1954 yang disampaikan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur.

Selain MM, Sarjan Hassan juga dianugerahkan General Services Medal dan Mention in Despatches[3] oleh Kerajaan British pada 1950 dan 1952 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi.

Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet Federation Training Wing di Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos tahun berkenaan.

Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan.
           
Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu.

Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).

Menurut Encik Mohsin ayahnya seorang yang kuat amal ibadah, menjaga solat. Ayahnya walaupun hebat di medan perang tetapi selalu berkata jihad yang paling susah ialah jihad melawan hawa nafsu.

Memang hebat P. Ramlee, dia menonjolkan seorang perwira negara dalam filem Sarjan Hassan dari kalangan orang beriman dan beramal soleh. Tetapi P. Ramlee menurut ceritanya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya sejarah negara kerana takut filem tersebut tidak akan tersiar. Oleh itu lembaran ini sedikit sebanyak dapat dijadikan nukilan dari sudut tepi Sarjan Hassan yang tidak dapat diterjemahkan didalam Filem tetapi dirungkai melalui rialiti.






REFLEKSI
Subjek Penulisan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib  diambil oleh seorang guru pelatih dibawah IPGM pengkhususan Pengajian Sejarah. Subjek ini mengetengah kan kepada kita mengenai teknik dan prosedur dalam melaksanakan penulisan sejarah  yang menjerumus kepada pendidikan. Dalam melaksanakan kerja kursus untuk subjek ini ianya merupakan satu cabaran  buat saya. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang sangat mencabar dari aspek kognatif dan saikologikal. Dari aspek tajuknya “penulisan sejarah” saya menyusunnya menjadi  beberapa bahagian dan setiap satunya saya olah mengikut  teknik huraian.  Sungguhpun  kerja kursus ini agak sukar, namun saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Ilmu ini merupakan satu penanda aras bagi saya dalam mendokong aspirasi Negara di bidang peguruan Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami mengenai cara cara mengendalikan program dangan berkesan dan seimbang.

            Dari segi aspek penekanan yang terkandung didalamnya dapat lah di tekankan bahawasanya mata pelajaran penulisan sejarah ini pada asasnya tetap mempunyai tunjang yang sama. Iaitu menekankan aspek pembelajaran menerusi kehidupan. Namun yang membezakan teknik teknik ini adalah cara penyampaian dan olahannya mengikut kehendak individu.  Dalam pemerhatian yang telah saya lakukan berdasarkan pembentangan  dan huraian yang diterjemahkan oleh rakan rakan saya, dapat diambil beberapa kesimpulan sebagai intipati dalam setiap pebentangan mereka.
           
            Dari sudut pembuatan pula, terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi dalam menyelesaikan masaalah ini. Teknik perangkaan program yang betul masih masih lagi belum saya kuasai, namun dengan bantuan rakan –rakan masaalah ini dapat diatasi. Beberapa contoh permainan tradisional telah di muat turun dari dalam talian untuk dijadikan sebagai rujukan lantas diolah dengan saksama. Olahan ini digubah dan dijadikan sebagai asas dalam subjek ini . Seterusnya masaalah yang dihadapi adalah, bahan untuk membuat jadual. Masaalah ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan bahan sedia ada dan di tambah baik dengan bahan baru. Hasilnya jenis sumber baru telah tercipta.

            Ketika memilih tajuk yang akan dijadikan modul untuk sesi mikro, kami telah bersetuju untuk memilih tajuk ini yang di rangka secara gabungan dengan mengambil aspek dari setiap ahli. Modul ini seterusnya di garap untuk menghasilkan permainan tradisional yang seimbang. Perbincangan secara dua hala melalui aplikasi wasup telah memudah kan saya untuk berhubung dengan rakan sepasukan.

Dari sudut implikasai dalam pembelajaran dan pengajaran pula dapat saya simpulkan bahawasanya sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi berbagai jenis teknik P&P yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkah laku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasinya  sebagai Pentaksiran & Pengurusan mata pelajaran pendidikan moral di sekolah.
         
Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Ini dapat kita lakukan dengan mengaplikasikan tindakan dalam teori moral. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara terus menerus bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini
       
Yang ketiga, sebagai seorang guru, kita per,lu bijak untuk menyesuaikan penggunaan Teknik-teknik  pembelajaran ini mengikut situasi dan keperluan.  Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
      Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, pengurusan yang seimbang  sangat membantu murid untuk memantapkan kemahiran interaksi sesama mereka. Hal ini kerana, banyak teknik P&P yang lebih bertumpu pada kemahiran kognitif atau fizikal sahaja, maka sedikit sebanyak kemahiran interaksi ini telah diabaikan. Sebagai penambah baikan untuk Teori pengajaran ini,  gunakan pendekatan murid dengan persekitaran dengan ini murid dapat berinteraksi dengan lebih terbuka. Ini akan membantu murid mencambahkan pengetahuan mereka secara tersusun iaitu melalui perkataan. Ramai murid  sekarang yang hanya bijak di atas kertas sahaja. Mereka sangat bertumpu pada teori sesuatu subjek itu sahaja. Hatta, ada juga murid yang aktif di padang tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan sempurna. Maka, model pengajaran personal ini sebenarnya telah membuka peluang kepada setiap individu murid untuk mengubah cara mereka.

Disamping itu, melalui setiap teori pengajaran ini murid sebenarnya berpeluang untuk meneroka bagi meningkatkan kemampuan diri sendiri. Murid dapat menentukan cara pembelajaran mereka sendiri. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran sangat menekankan individu sebagai insan yang unik maka seorang guru akan dicabar untuk membentuk personaliti murid yang berintegrasi, penuh keyakinan, dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan diri dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.

       Secara keseluruhannya dapat kita nilai setiap teknik P&P  yang dibawa oleh para peneraju pendidikan mempunyai nilai dan pengajaran yang menjadi pokok keunikan teknik teknik pembelajaran yang di rangka oleh mereka.  Dasar-dasar awal pendidikan ini perlulah sentiasa menjadi sumber kepada masyarakat malaysia kursusnya masyarakat melayu dan di pelihara agar dapat di corakkan kepada masyarakat melenium dimasa kini demi  membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Benarlah kata pepatah yang Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya. Asas ini lah yang membawa kita untuk menjadi sebuah bangsa yang gah di mata dunia.




Rujukan

            Bhasah Abu Bakar. (2009). Pahlawan melayu terbilang. Quantum Books : Tanjong Malim, Perak.

            Bond T.G & Fox C.M. 2007. Malay Herros. 2nd Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

            Mohamad   Fauzi Yunus. (1996). Sarjan Hassan. Unit Kurikulum : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Atas Talian diperoleh pada 2 Oktober 2012. http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf

            Popham W.J (1978). WATANIAH. Englewood Cliff,NJ. Prentice-Hall.

            Quek B.C (1989). Unsong heros. Unpublished Doctoral Dissertation: Michigan State University.



[1] Drama “Zaman Darurat” ditayangkan pada hari kebangsaan 1958 di panggung “Sinima Jalan Ampas”
[2] Maklumat diambil dari buku “sejarah pahlawan melayu terbilang”
[3] Pangkat ini hanya diberian kepada Askar yang mempunyai banyak sumbangan dan keberanian oleh kerajaan British

2 comments:

  1. Memang benar filem 'Sarjan Hassan' diambil dari kisah 'Sarjan Hassan' sebenar.Tetapi filem itu di olah dan dipelbagai supaya menjadi lebih baik dan menarik walaupun menyimpang jauh dari kisah asal. Yg lebih penting ia memaparkan Sarjan Hassan seorang pahlawan melayu sejati dan terbilang serta semangat patriotik yg tinggi.

    ReplyDelete
  2. Best eCOGRA Sportsbook Review & Welcome Bonus 2021 - CA
    Looking for an eCOGRA 1등 사이트 Sportsbook 토토 Bonus? At this eCOGRA Sportsbook deccasino review, 바카라 사이트 we're talking about a variety of ECCOGRA 바카라 사이트 sportsbook promotions.

    ReplyDelete