Penerapan unsur
patriotisme dalam sejarah
USAHA pemupukan patriotisme
diteruskan di peringkat sekolah menengah. Dalam penyemakan semula kurikulum
Sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan secara tersurat dan secara langsung
dalam kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah.
Usaha ini diharap dapat memastikan
pemupukan semangat patriotik menjadi lebih berkesan dan peranan guru adalah
sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.
1. Huraian
sukatan pelajaran (HSP) adalah bahan sokongan yang memperincikan kandungan mata
pelajaran sejarah untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, bagi memastikan
keberkesanan pemupukan unsur patriotisme di kalangan murid, lajur-lajur Unsur
Patriotisme dan Hasil Tingkah Laku patriotisme telah
disuratkan secara langsung dalam bahan ini.
Dalam lajur Unsur
Patriotisme dan Tingkah Laku Patriotisme telah disuratkan secara
langsung dalam bahan ini.
Dalam lanjur Unsur
Patriotisme dan Tingkah Laku Patriotisme disenaraikan
nilai/iktibar dan unsur patriotisme yang perlu dipupuk melalaui proses
pengajaran dan pembelajaran melalui pengetahuan sejarah.
Tingkah Laku
Patriotisme menekankan aspek-aspek perubahan tingkah laku yang
diyakini akan dilakukan oleh pelajar sama ada semasa atau selepas proses
pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan konsep pendidikan sepanjang
hayat.
Bagaimanapun, guru boleh menambah
nilai/unsur patriotisme yang difikirkan sesuai dan perlu selain daripada yang
telah disenaraikan di dalam lajur ini.
2. Melalui
isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik dan
menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara.
Misalnya semasa guru mengajar
tentang Kesultanan Melayu Melaka, murid mengkaji bagaimana empayar Melaka
menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang
cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada
abad ke-15 dan ke-16.
Ketika itu, pengajian Islam dan
kesusasteraan berkembang.
Kegemilangan Melaka diakui oleh
penulis-penulis olah penulis-penulis Portugis seperti Tome Pires dan Duarte
Barbosa.
Tom Pires dalam bukunya ``Suma
Oriental'' menulis bahawa siapa yang menguasai Melaka bermakna ia juga
menguasai Venice.
Pengetahuan mengenai sejarah
Melaka ini boleh menjadi pendorong dan penggerak dan memberi keyakinan bahawa
sejarah boleh berulang dan kita berupaya menangani cabaran wawasan 2020 kerana
kia telah pernah melakukannya.
Begitu juga dengan penonjolan
tokoh/pemimpin. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran sejarah tokoh atau
pemimpin ditonjolkan mengikut peristiwa yang berlaku dan sumbangan serta pengorbanan
tokoh/pemimpin yang dipelajari boleh menanamkan dan memupuk semangat patriotik.
3. Kandungan
teks juga perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa yang dapat
menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah
dan nasional misalnya pernyataan seperti berikut: ``Sejarah membawa
kira mengenali jati diri atau asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan
sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.'' (bab 1, ting. 1, hal. 1).
4. Penerapan
nilai boleh berlaku semasa murid membuat rasionalisasi mengenai peristiwa
sejarah yang dipelajari. Misalannya murid dipupuk dengan kemahiran mengenal
pasti isu dan masalah masa lalu dengan mengkaji sebab musabab, melihat
perubahan dan kesinambungan dan melihat kesan dan akibat.
Murid juga melihat persamaan dan
perbezaan serta membuat pertimbangan nilai tentang isu dan masalah masa lalu.
5. Nilai-nilai
intrinsik juga boleh dipupuk melalui mata pelajaran Sejarah. Sebagai contoh,
melalui kerja projek Kajian Sejarah Tempatan semasa murid berinteraksi sesama
mereka dan dengan orang sumber dan sebagainya.
Selain itu, nilai-nilai keadilan,
kesederhanaan, dan semangat bermasyarakat boleh dipupuk semasa mengajar tajuk
tentang pentadbiran dan Perundangan islam.
Pembentukan negara Islam pertama
di Madinah yang diasaskan oleh Rasullulah s.a.w adalah berasaskan lunas-lunas
kemanusiaan dan keadilan dari segi politik, sosial dan ekonomi seperti yang
dianjurkan al_Quran, manakala Piagam Madinah pula menerapkan nilai-nilai
semangat bermasyarakat kerana perjanjian bertulis ini mencatatkan mengenai hak
dan tanggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah, termasuklah hubungan
orang Islam sesama Islam dan antara orang Islam dengan yang bukan Islam.
6. Nilai-nilai
sejagat juga boleh dipupuk semasa muri mempelajari tajuk Agama dan kepercayaan
iaitu semua agama dan kepercayaan mementingkan nilai-nilai positif, mengajar
manusia mengenai nilai baik hati, menghormati orang tua, bersyukur, berhemah
tinggi, menghormati sesama manusia dan mementingkan kebersihan fizikal dan
mental.
7. Semangat
patriotik boleh diserapkan melalui pelbagai bahan grafik, ilustrasi, puisi
melalui soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
Aktiviti-aktiviti yang merupakan gerak kerja murid yang berkaitan dengan tajuk
mengikut kurikulum yang dirancang perlu dapat menyumbang kepada proses
pembelajaran, seterusnya memupuk nilai dan semangat patriotik
No comments:
Post a Comment