Saturday 17 October 2015

1.0  PENYATAAN MASALAH
Melaka merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah. Tempat-tempat sejarah ini dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada negara kita. Antara tempat tempat sejarah yang terkenal di Melaka Ialah Kota A famosa , Christ Church, Perigi Hang Li Poh , Kota St.John dan juga Bangunan Merah.  Bangunan Merah ini hanya dikenali sebagai tempat sejarah tetapi ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Permasalahan yang wujud apabila penyelidik ingin melaksanakan penyelidikan tentang bangunan sejarah di Melaka bagi penulisan sejarah ialah orang tempatan hanya mengenal bangunan Merah sahaja.  Sebenarnya bangunan Merah itu mempunyai nama yang tersendiri. Namanya ialah Bangunan Stadthuys. Dalam kajian ini, penyelidik menerangkan tentang sejarah Bangunan Stadthuys, seni bina, cara pembinaan dan sebagainya.  Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. bangunan ini mempunyai keistimewan yang tersendirinya yang dapat menjadi tempat pelancongan utama di Melaka.


2.0  OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidik diminta untuk membuat satu penyelidikan bagi  penulisan sejarah. Tajuk kajian yang telah dipilih adalah bangunan Sejarah di Melaka. Penngaji tertarik kepada Bangunan Merah di Melaka. Oleh itu penyelidik membuat kajian tentang bangunan tersebut. Nama bangunannya ialah Bangunan Stadthuys. Kajian ini merangkumi objektif-objektif tertentu. Antaranya ialah seperti berikut :

*      mengenal pasti tentang sejarah Bangunan Stadthuys
*      mendapatkan bahan sumber pertama tentang Bangunan Stadthuys.
*      menambah pengetahuan tentang bangunan sejarah di Melaka
*      mengenal pasti seni bina , cara pembinaan  dan reka bentuk bangunan Stadthuys.
*      menanam semangat patriotik dalam diri.



 3.0  KAEAH KAJIAN
Bagi menjalankan kajian ini penyelidik telah menggunakan beberap kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Bangunan  Stadthuys ini. Antarnya ialah:
*      Melayari internet
Penyelidik menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan gambaran awal tentang bangunan ini. Hal ini keran ia membantu penyelidik untuk lebih mendalami tentang bangunan yang bersejarah ini. Maklumat yang terdapat dalam internet telah memupuk semangat inkuiri penemuan dalam diri penyelidik sehingga mula mencari maklumat dengan lebih banyak dari pelbagai sumber.
*      Bulu ilmiah
Penyelidik juga mendapatkan maklumat daripada buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam Jasin. Terdapat banyak maklumat tentang bangunan Stadthuys ini.

*      Lawatan
Penyelidik telah melawat bangunan Stadthuys ini. Penyelidik juga telah membuat lawatan ke bangunan ini untuk mendapat maklumat daripada pegawai-pegawai di sana. Pengalaman lawatan ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi penyelidik kerana penyelidik mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.

*      Temu bual
Penyelidik juga telah menemubual dengan beberapa orang di sana untuk mendapatkan maklumat secara lisan. Penyelidik juga menemubual dengan pegawai-pegawai yang bertugas disana. Mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik dan memberi tunjuk ajar.



4.0  SOALAN KAJIAN
Penyelidik telah merangka beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tentang bangunan Stadthuys ini. Dalam proses mendapatkan jawapan bagi soalan ini, penyelidik dapat menyempurnkan penulisan sejarah  dengan lebih sempurna. Soalan-soalan ini merupakan kerangka bagi  penulisan sejarah yang disiapkan ini.  Antara soalan-soalan yang ditanya untuk mendapat maklumat ialah :
*      Apakan nama sebenar bagi bangunan merah yang sangat kenal di Melaka?
*      Siapakah pengasas bagi bangunan ini?
*      Apakah tujuan bagi pembinaan bangunan ini?
*      Adakah bangunan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri?
*      Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina bangunan merah ini?
*      Apakah kegunaan bangunan ini pada zaman dahulu dan kini?














5.0 PENULISAN KAJIAN





CONTOH ESAI SEJARAH 2


5.1  LATAR BELAKANG BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan ini merupakan bangunan yang tertua di Melaka yang telah dibina oleh pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga dikenali sebagai bangunan yang tertua binaan penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara. Stadthuys dalam  bahasa Belanda yang bermaksud State House (dewasan Bandaran). Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan ini juga terletak berdekatan dan bersebelah dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. 

Bangunan  Stadthuys pada zaman Belanda mempunyai dua tingkat. Bahagian  hadapan tiga tingkat dan bahagian belakang mempunyai dua tingat.  Kedudukan di lereng bukit menjadikan bangunan ini kelihatan bertingkat-tingkat.  Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke 18 dan pusat pentadbiran Belanda.  Bangunan ini terkenal dengan warna merah tetapi asalnya ia berwarna putih pada tahun 1961 bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran negeri. Bangunan Stadthuys ini juga telah dikenali sebagai Dutch Square dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong dari Belanda.

5.1.1  ASAL – USUL BANGUNAN STADTHUYS 
Bangunan ini merupakan salah satu tempat sejarah di Melaka yang dikenali sebagai bangunan merah. Bangunan ini diberi nama sebagai Bangunan Stadthuys. Stadthuys dalam bahasa Belanda ialah  bermaksud Dewan Bandaran. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula, Stadthuys ,  “State Building” yang bermaksud perbandaran. Bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan juga menjadi pusat pentadbiran Belanda.  Struktur pembangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus.  Dalam bidang pendidikan, bangunan ini mempunyai satu catatan dimana pada abag ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai MALACCA FREE SCHOOL  dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu, pendidikan sekolah diberikan secara percuma oleh  pihak Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.
             Catatan sejarah juga menunujukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkna sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja ,Encik. J.Humprey, J.W. Overee dan A.W.Baumgarten.  Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School  yang pertama ialah Encik. T.H Moore.

            Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajarnya bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari  2 petang hingga 4 petang. Bilangan pelajar Melayu yang dihantar ke sekolah ini tidak ramai dan berkurangan.  Hal ini kerana, kebanyak ibu bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris tetapi mereka juga diberi peluang untuk belajar bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina.

Pada bulan Ogos 1878, Kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada gologan paderi dan menamakannya MALACCA HIGH SCHOOL atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetua barunya ialah  Encik.A.Armstrong.  Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan ini kini menempatkan sebagai  Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. 

5.1.2  PENGASAS DAN TARIKH PEMBINAAN BANGUNAN STADTHUYS
            Pengasas bangunan Stadthuys ialah pemerintah Belanda pada tahun 1650. Pemerintahan Belanda membinanya setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Tiada sebarang rekod yang menyatakan tarikh tepat bangunan ini dibina. Menurut padangan orang, bangunan ini telah dibina pada tahun 1641 hingga 1656. Ada juga yang menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an. Oleh itu, bangunan ini tidak mempunyai sebarang rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini siap dibina.





5.1.3  LOKASI BANGUNAN STADTHUYS
            Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. lokasi bangunan ini lebih dijelaskan lagi dalam penerangan yang dipetik dalam sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1870 iaitu “ The two plate of Malacca engraved for the eight volume of Pinkertones generak collection of vogayes published in 1811 from a scetch made by E.H Locker in 1807”. Bangunan Stadthuys yang asaslnya dibina pada zaman belanda yang belum  ditokoktambah. Kedudukan Locker melukisnya dianggarkan bertentangan dengan Gereja Christ yang melukiskan bahagian sisi hadapan bangunan Stadthuys dilukis dengan lebih jelas.

Bangunan ini juga dipercayai merupakan bangunan yang dibina pada zaman Belanda dan telah diubahsuai menjadi dua tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris. Terdapat juga beberapa kemungkinan  yang dibuat menyatakan bahawa semasa lukisan dibuat Kota Melaka belum lagi diruntuhkan oleh pemerintahan Inggeris. Menurut  Munshi Abdullah bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Bandar Hilir yang masih wujud hingga sekarang ini sama seperti pintu utama di hadapan Sungai Melaka. Perbezaan kecil yang dapat dikesan antara kedua-dua pintu ini ialah tempat berkawal di pintu kota utama terdapat juga di bahagian belakang pintu kota manakala di pintu Kota Santiago (Bandar Hilir) terdapat  tempat askar berkawal. Pintu kota dari Sungai Melaka merupakan pintu kota utama yang menjadi tumpuan setiap pedagang yang berurusan di Melaka yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan Stadthuys.  

Selain itu, terdapat juga jambatan gantung yang dibina merentangi Sungai Melaka bertentangan dengan pintu kota utama dan juga berhampiran dengan bangunan Stadthuys. Jambatan ini merupakan satu binaan yang menarik  di Belanda dan dibawa ke Melaka.  Pada zaman  Belanda  terdapat dua jambatan gantung di Sungai Melaka dan di ruang bertentangan dengan Kota Santiago. Jambatan gantung di Sungai Melaka dibina lebih besar dan boleh diangkat  dan diturunkan di tebing sebelah kiri dan kanan sungai manakala jambatan di arah Bandar Hilir diangkat pada waktu senja supaya tiada orang yang melaluinya pada waktu malam. Jambatan gantung  yang berdekatan dengan  Stadthuys ini memudahkan kapal keluar masuk untuk memunggah barang dagangan. Kesimpulannya bangunan ini terletak berhampiran dengan simpang Jalan Kota dan Jalan Gereja Christ.




5.1.4  TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN STADTHUYS
            Bangunan ini dibina bagi tujuan buat penempatan bagi tempat pentadbiran pemerintahan  Belanda dan juga sebagai tempat kediaman bagi Gabenor Belanda di Melaka.  Bangunan merah ini juga merupakan  tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda terkumpul. Bangunan ini juga mempunyai satu tempat yang khas untuk hamba abdi yang disebut sebagai Misericordia. Pada zaman pemerintahn Inggeris bangunan ini tidak lagi digunakan sebagai pusat  pentadbiran. Hal ini kerana , mereka telah membina sebuah kediaman  khas untuk Gabenornya di puncak bukit berhampiran dengan Gereja St.Paul yang tidak jauh dari bangunan Stadthuys.  Selepas kemerdekaan juga, bangunan tersebut masih digunakan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 1957 hingga 1980. Selepas tahun 1980an bangunan baru dibina untuk kegunaan pentadbirannya. Perasmian bangunan ini pada zaman Belanda tidak dinyatakan dengan begitu tepat. Bangunan Stadthuys yang telah dijadikan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri yang keempat Dr.Mahathir Mohammad pada tahun 1993.  Bangunan Stadthuys  ini telah dibiayai oleh pihak  Belanda yang telah menjadi pengasas kepada bangunan ini pada masa itu.

5.2  REKA BENTUK PLAN BANGUNAN STADTHUYS
            Pada  zaman pemerintahan Belanda bangunan Stadthuys ini mempunyai tiga bahagian utama. Terdapat 11 ruang pada bahagian ini yang ukurannya berbeza antara satu sama lain. Tembok belakang ruang-ruang ini merupakan tembok penahan lereng Bukit St.Paul yang atasnya merupakan satu ruang yang gelap. Ruang tersebut dijadikan sebagai bilik kurungan bagi hamba abdi yang dipanggil sebagai “Misericordia”.  Hal ini disebabkan tingkap pada tembok  dan pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kuku.

Pada  tingkat  satu ruang utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini dianggap sebagai istimewa kerana bahagian sylilingnya dibuat daripada kayu jati yang dihias dengan bingkai berukir. Pada bahagian belakang bangunan ini dikatakan sebagai dapur atau kantin untuk pembesar-pembesar dan  tentera-tentera Belanda berehat. Terdapat juga anjung kecil yang dibuat bertentangan dengan kedudukan anatara dua tangga adalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor memberi ucapan dan tabik hormat pada hari-hari perbarisan.

Dua banguanan kiri dan kanan dari ruang utama dan di antaranya pula merupakan taman. Hanya ruang yang paling atas dikatakan sebagai tempat penginapan Gabenor sebelum kediaman rasminya dibina. Kaligrafi China juga dilukis pada sekeliling tembok. Dalam bangunana Stadthuys ini juga terdapat sebuah pergi yang disusun empat persegi dengan menggunakan batu laterit telah ditemui di antara dua bahagian sambungan ruang taman. Perigi ini ditemui semasa kerja-kerja menyediakan pelan bangunan Stadthuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980an. Perigi  ini dipercayai perigi yang digali pada zaman pemerintahan Portugis. Hal ini kerana binaannya terdapat batu latenit dan semasa dikesan perigi ini telah ditimbus padat.

Terdapat juga anggapan yang menyatakan bahawa dua tangga  naik yang terdapat pada bahagian hadapan bangunan ini (berhadapan dengan pancutan air dan Jam besar daripada perubaha sekarang) asalnya merupakan tanggan yang dibina tegak telah diubah menjadi separuh tegak. Tangga ini telah diubah semasa pemerintahan Inggeris.

 5.2.1  BAHAN BINAN BANGUNAN STADTHUYS
Asas dan bahan binaan bangunan Stadthuys ini berbeza dengan bangunan masa kini. Keseluruhan bahagian asas dan tembok dasar terletak di tanah keras dan bongkahan batu laterit. Ukuran  tembok yang diperbuat daripada batu laterit telah dibina berbentuk empat persegi bujur  tidak menetu. Bahagian atas tembok bangunan ini disusun bercampur-campur dengan batu laterit dan juga batu-bata pada  zaman Belanda. Tembok asas dibina agak tebal iaitu 3 kaki dan mengecilkan sedikit dibahagian atas. Oleh kerana bangunan merah ini mempunyai tembok  yang tebal ia memberi kekuatan kepada bangunan ini untuk terus kekal sehingga kini. Plaster yang digunakan pada bangunan ini menggunakan motor kapur yang dipercayai sukar untuk dibuat.

Lantai bangunan Stadthuys ini terdiri daripasa 3 bahan utama iaitu tarakota, granit dan kayu. Lantai tarakota dan granit merupakan lantai yang tidak berasaskan tanah dan lereng bukit. Lantai tarakota ini ditempatkan di anjung bertentangan dengan jam besar dan di verandah bahagian belakang bangunan  yang bertentangan dengan  tembok penaha dan banguanan lama di lereng bukit St.Paul. Lantai granit pula digunakan hampir dengan keseluruhan ruang dan veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah. Bahagian dalam bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun batu-bata zaman Belanda.  Penggunaan lantai yang berbeza dan tidak seragam di tingkat satu menjadikan bangunan ini bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman pemeritahan Belanda di Melaka.

Tambahan pula, bangunan ini juga diperbuat daripada kayu-kayu. Kayu-kayu yang digunakan dalam pembinaan  bangunan Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik di negara kita pada zaman tersebut. Pengunaan kayu dihadkan pada  zaman tersebut  kerana negara kita kekurangan kayu jati. Siling bahagian utama bangunan Stadthuys in merupakan siling dua lapis. Manakala siling di bahagian belakang  merupakan siling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Bangunan merah ini  juga telah menggunakan  genting China dan genting Inida. Hal ini kerana beberapa bahagian dari bangunan ini merupakan bangunan tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris.

Tingkap-tingkap yang terdapat di bangunan utama ini merupakan tingkap empat petak dan merupakan tingkap dua lapis. Pada bahagian luar ,tingkapnya diperbuat daripada  kayu dan ruang tingkap ini merupakan tingkap kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan bawah. Terdapat juga tingkap cermin di bahagian dalam banguan ini.

5.2.2  CARA PEMBINAAN
            Cara pembinaan Bangunan Stadthuys ini tidak mempunyai sebarang catatan. Sudah pastinya bangunan ini mempunyai cara binaan yang tersendiri mengikut pemerintahan Belanda. Hal ini kerana, bangunan ini dibina oleh orang Belanda untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran  Belanda. Bangunan Stadthuys ini dikelilingi dengan tembok-temnok besar yang dijadikan bangunan ini kukuh sehingga kini. Tembok-tembok asal bangunan ini dibina agak tebal iaitu  3 kak persegi dan mengecil sedikit bahagian atas. Plaster yang digunakan pada keseluruhan bangunan ini menggunkan motor kapur iaitu kulit kerang yang direndam dan dihancurkan serta dicampurkan dengan pasir, air dan bahan-bahan pelekat iaitu madu dan putih telur. Lantai pada bangunan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, tarakota, granit dan kayu. Kayu-kayu yang digunakan merupakan kayu jati. Kayu kekuda yang digunakan berukuran 10 inci x 10 inci. Kayu lantai pula antar 10 hingga 12 inci dengan ketebalan hampir 2 inchi.

            Orang  Belanda di Melaka membina bangunan merah ini dengan menggunakan ciri-ciri dan teknik-teknik seperti bangunan di negara Belanda. Bumbung yang dibina curam memudahkan saiji larut ke bawah dan tidak berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban tanggungan  yang memungkinkan bumbung runtuh. Warna sebenar bangunan Stadthuys ialah warna putih namun ia telah ditukar warna kepada merah oleh pemerintah Inggeris pada 1980. Menurut kepercayaan masyarakat tempatan. Ia bertujuan untuk menambahkan kehebatannya supaya mudah dikenali manakala warna putih mudah kelihatan kotor jika berbanding dengan warna merah. Ada juga andaian-andaian  bahawa penoreh-penoreh getah yang berbangsa India yang dibawa masuk suka meludah air pinang yang berwarna merah ke dinding Stadthuys. Jadi untuk menyelesaiakan masalah meludah ini, pihak Inggeris bertukar warnanya ke merah supaya air pinang itu tidak kelihatan. Walau bagaimanapun ia dikatakan sebagai andaian sahaja dan ia tidak mempunyai rekod yang membuktikan andaian tersebut. Tiada catatan yang menyatakan sebab-sebab yang munasabah yang menjadi punca pertukaran warna bagi bangunan merah yang bersejarah ini.

5.2.3  PENGUBAHSUAIAN BANGUAN STADTHUYS
Pelan bangunan Stadthuys ini telah direkbentuk oleh seorang jurutera yang pakar mengenai bangunan–bangunan lama di Belanda iaitu Laurens Vis yang telah diundang khas. Pengubahasuain hanya dapat dilakukan pada pertengahan tahun disebabkan oleh beberapa masalah. Kerja-kerja pembaharuan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan belanjaannya ditangguh sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibahagi kepada dua fasa. Antaranya ialah :
*      Fasa Pertama
Hanya melakukan kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan
*      Fasa Kedua
Kerja-kerja dalam bangunan.




 Kerja Pengubahsuaian Fasa Pertama
Kerja pengubasuaian telah dilakukan pada pertengahan tahun 1986. Kerjanya dimulakan dengan memecahkan dan membersihkan binaan-binaan tambahan baru terutamanya binaan-binaan berbentuk sementara seperti tandas dan sector yang dibina di ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang yang terbuka. Antara kerja-kerja fasa pertama ialah meruntuhkan bangunan –bangunan binaan baru dan membersihkan kawasan tersebut. Seterunya membuka atap genting Belanda dicuci dan digunakan semula. Manakala atap genting China dan India ditukarkan kepada corak asal Belanda. Kerja kayu juga telah dilakukan. Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan mengantikan kayu-kayu yang rosak. Kerja pengubahsuaian yang terakhir bagi fasa pertama ialah menguat dan membaikpulih beberapa bahagian bangunan yang retak dan plaster yang tidak boleh digunakan ditanggalkan dan diplaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai. Kerja-kerja pengubahsuaian ini tamat pada tahun1988.

Kerja Pengubahsuain Fasa Kedua 
Kerja –kerja fasa dua mula dilakukan pada bulan Ogos 1988. Pertukaran dan pengubahsuaian dilakukan dari bahagian dalaman, lantai dan keseluruhan bahagian luar bangunan Stadthuys ini. Antara kerja yang dilakukan adalah membersihkan bangunan tambahan yang baru di bangunan ini. Seterunya kerja baihpulih tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan jenis yang seakan sama dengan bahan binaan asal dilakukan. Meruntuhkan dan membersihkan binaan tambahan baru di ruang terbuka dilakuakn. Pintu dan tingkap buatan baru yang serupa dengan bentuk pintu zaman Belanda ditukarkan semula. Walaupun kerja pengubahsuaian dilakukan bentuk dan rupa banguan Stadthuys dikekalkan sebagai memori negeri Melaka.

Terdapat temuan yang paling istimewa iaitu temuan perigi yang merupakan larian tembok bangunan yang terletak berhampiran dengan jalan naik ke rumah kediaman Gabenor. Penemuan ini ditemukan semasa kerja-kerja fasa kedua dijalankan. Semua temuan –temuan dikekalkan dalam bentuk asal tanpa mengubahnya. Banguanan Stadthuys yang kini  dikenali dengan Muzium Sejarah dan Ethnografi akan dapat melihat semua peninggalan yang ditemui semasa kerja-kerja pembaharuan dijalankan. Antaranya ialah sistem perparitan yang ditemui telah dibina semasa zaman Portugis yang terletak di  ruang utama berhampiran dengan pintu masuk. Kesan peninggalan lama dalam banggunan Stadthuys ialah terdapat di ruang terbuka bahagian belakan bangunan merah ini. Kerja-kerja pengubahsuaian fasa kedua disiapkan pada tahun 1990. Pihak pengurus bangunan ini masih melakukan kerja penjagaan bangunan ini dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan peninggalan-peninggalan yang sejarah ini di Melaka.

5.3 KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG BANGUNAN STADTHUYS
5.3.1 KEGUNAAN DAHULU BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan Stadthuys ini merupakan pusat pentadbiran semasa pemerintahan Belanda. Ia juga merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda. Tentera-tentera dan pembesar-pembesar Belanda juga berkumpul di bangunan merah ini. “Misericordia” yang lebih dikenali sebagai hamba abdi Belanda dikurungkan di sini. Pada zaman pemerintahan Inggeris pula bangunan ini hanya digunakan sebagai pusat pentadiran dan ia tidak digunakan sebagai tempat kediaman Gabenor. Hal ini kerana, tempat kediaman Gabenor ditukarkan ke tempat yang khas di puncak bukit yang berhampiran dengan Gereja St.Paul.

Disamping itu, bangunan ini juga mempunyai catatan bahawa ia digunakan sebagai sekolah yang memberikan pendidikan percuma oleh Inggeris. Pengunaan bangunan ini sebagai sekolah bermula pada tahun 1825 hingga ke 1931. Selepas kemerdekaan juga bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai pusat pentadbiran negeri. Jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Buruh , Pendaftaran dan lain-lain.

Pada tahun 1979, jabatan-jabatan di bangunan ini dipindahkan. Walaubagaimanapun bangunan ini tetap tidak dibiarkan kosaong, Pejabat Antikuiti Wilayah Selatang yang dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatang berpindah ke tingkat atas yang terdapat lukisan kaligrafi China pada tahun 1980. Seterusnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tamby Chik berusaha menjadikan ruang utama banguan Stadthuys ini sebagai Muzium Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. Selepas kerja-kerja pemulihan yang dimulakan dan diterajui oleh JKR Melaka disiapkan pada tahun 1990. Pada tahun 1991 bangunan yang dikenali sebagai Muzium Sejarah Melaka ditukarkan kepada Muzium Sejarah dan Ethnografi. Datuk Dr. Mahatir bin Muhammad membuat perasmian semula kepada bangunan ini  pada tahun 1993.

5.3.2 KEGUNAAN SEKARANG BANGUNAN STADTHUYS

Bangunan Stadthuys kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi. Muzium Sejarah terletak di aras 2 dan Muzium Ethnografi terletak di aras 1 Bangunan Stadthuys. Muzium Ethnografi ini memberi penekanan kepada corak hidup masyarakat Melayu,Cina, India, Baba Nyonya ,Chetti dan juga Portugis. Dalam muzium ini terdapt juga gambaran berkaitan dengan adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, peralatan muzik. Terdapat juga senjata-senjata , matawang zaman Belanda dalam koleksi muzium ini. Manakala dalam muzium Sejarah pula, lukisan dan artifak yang berkaitan dengan sejarah. Sejarah Melaka dari penubuhannya pada tahun 1400-1957 juga dipaperkan disini. Melalui ini sejarah Melaka masih dikekalkan untuk pengetahuan orang ramai di Melaka.














6.0  RUMUSAN
Kesimpulannya, bangunan Stadthuys ini perlu dikekalkan selama-lamanya untuk menjadikan sebagai sumber utama tentang penjajahan Belanda di Melaka. Walaupun negara kita mencapai kemerdekaan tetapi bangunan yang dibina oleh penjajah tetap membantu negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya memelihara dan memulihara bangunan-bangunan sejarah seperti ini dan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mengalakan bilangan pelancong untuk berkunjung ke negeri Melaka.

Bersyukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus ini bagi mata pelajaran SJH 3103 PENULISAN SEJARAH. Saya ialah Gokiladevi A/P Chandrakumar dari  Program  Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP Semester  5 2015 ). Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu  EN. MOHD NOOR BIN CHIN diatas tunjuk ajarnya.  Beliau telah banyak mendorong dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini.  Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam penulisan sejarah. Selain itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber – sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang sudi membantu saya. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan – rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya mencari jalan penyelesaian dengan melawat tempat bersejarah di Melaka untuk mendapatkan maklumat melalui sumber pertama..

Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan.

Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan latihan awal untuk saya terus menjadi lebih matang dan mampu menguruskan masa dengan baik kelak. Tidak dinafikan terdapat juga tekanan emosi ataupun stress yang saya alami semasa penghasilan kerja projek ini, tetapi atas sokongan dan nasihat daripada sahabat-sahabat saya , saya dapat menyempurnakannya. Hal ini juga melatih saya supaya tidak mencampur adukkan emosi saya dengan kerja yang saya lakukan supaya hasil kerja yang berkualiti sentiasa dapat diwujudkan. Jadi, di sini saya dapat menyedari bahawa ketahanan mental merupakan salah satu kriteria yang amat penting pada seorang guru.

Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih semangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah saya yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengajaran ini. Tugasan ini mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti di sekolah nanti. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bertugas di bangunan Stahdthuys yang kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak  langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali,saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya. Apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya akan mencuba untuk mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti agar generasi pelajar mendapat manfaat.







7.0 RUJUKAN

(2013 Mac 8 ), Bangunan Stahdthuys. Wikipedia, diperoleh pada 30 Mac 2015 dari        
(2010 february 21), Bangunan Bersejarah Di Melaka , diperoleh pada 30 Mac 2015 dari
Fairus (2012 September 15), Bangunan Stadthuys, diperoleh pada 30 Mac 2012




  






CONTOH PENULISAN SEJARAH

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang terbilang,
Antara Rialiti Dan Fantasi
Oleh: Muhammad Adib Bin Ahamad

Abstrak

Cerita mengenai Sarjan Hassan sangat sinonim jika dikaitkan dengan unsur kepahlawanan dan petriotik dikalangan rakyat Malaysia. Terutamanya di hari pahlawan atau pun hari kemerdekaan di negara Malaysia, kita akan selalu didendangkan tentang kewibawaan beliau  dan acap kali filemnya ditayangkan di television. Disebalik kaca television dan rialiti , Sarjan Hasan menyimpan banyak rahsia yang belum terungkap. Di sebalik sejarah hidupnya, terungkai seribu nilai yang perlu kita pelajari. Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menterang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman perintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada di tangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.  Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak. Kisah hidup beliau  akan diterjemah secara rialiti berpandukan kajian yang lepas dengan menggunakan belbagai kaedah untuk menyokong fakta dan kebenaran mengenai beliau. Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang Terbilang, Antara rialiti Dan Fantasi akan merungkai kisah hidup beliau yang sebenar.



Pengenalan

Apa itu penulisan sejarah?
Penulisan sejarah merupakan satu bentuk penulisan yang bersandarkan kepada penyelidikan. Ia bertindak sebagai satu alat pengkajian mengenai fenomena-fenomena masa lampau yang mempunyai pendekatan serta kaedah-kaedah saintifiknya tersendiri. Justeru itu penulisan sejarah harus dilakukan mengikut teknik-teknik yang betul dan ilmiah supaya ia bermutu, mudah dan berkesan. Bagi menghasilkan sebuah karya yang objektif, di antara teknik yang biasanya digunakan adalah pembentukan ayat, petikan, nota kaki dan bibliografi. Lain-lain adalah simbol-simbol dan singkatan yang harus diguna secara sistematik; seperti sic., ibid, op.cit, loc.cit, passim, pengikat kata, titik, coma, kurungan, tanda kutipan, nama tempat dan penerbit sumber, tarikh terbitan, halaman sumber yang dirujuk atau dikutip. Kesemua teknik ini harus diambil berat oleh seseorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya sejarah yang bermutu tinggi. Dalam tajuk Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Terbilang, Antara Rialiti Dan Fantasi, penulisan sejarah menumpukan aspek kebenaran tokoh tersebut. Ianya di kaitkan sepenuhnya melalui filem lakonan Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk Sarjan Hassan dengan rialiti yang sebenar.

Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Latar masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikut :

·        Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agamanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.

·        Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.

Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Pernyataan Masaalah.
Dikatakan, Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Berdasarkan kajian yang lepas mengenai filem ini, terdapat beberapa sudut yang tidak diketengah kan oleh penulis. Ataranya sisi utama tokoh. Sarjan Hassan didalam Filem ini tidak menerapkan cara hidup islam yang sebenar. Ianya hanya menerapkan elimen melayu semata sedangkan kita mengetahui mengenai status agamanya. Masaalah  ini berlaku mungkin kerana ketiadaan sumber yang sahih. Dan dalam penulisan kali ini sumber utama anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee) akan memberi penjelasan yang sebenar.

Tinjauan Kajian Lepas

Selepas dikaji berdasarkan kajian yang lepas mengenai filem ini, terdapat beberapa sudut yang tidak diketengah kan oleh penulis. Ataranya adalah nilai budaya islamik, dilihat dalam file mini Sarjan Hassan tidak menerapkan cara hidup islam yang sebenar. Ianya hanya menerapkan elimen melayu semata sedangkan kita mengetahui mengenai status agamanya. Dalam aspek pendidikan pula tidak dinyatakan secara jelas mengenai taraf pendidikan beliau sedangkan beliau dilihat sangat arif dalam berbahasa inggeris. Selain itu dari sudut nilai, adakah keperwibawaan Sarjan Hassan berdasarkan dendam atau hak menjaga kedaulatan Negara yang diutamakan.


Masaalah  ini berlaku mungkin kerana ketiadaan sumber yang sahih. Dan dalam penulisan kali ini sumber utama anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee) akan memberi penjelasan yang sebenar.

Objektif Kajian Lepas

Kajian ini dilakukan untuk merungkai sisi lain tokoh yang tersirat dialam rialiti kehidupan dan di kaitkan dengan filem Sarjan Hassan lakonan Tan Sri P Ramlee. Antara aspek yang di kaji adalah:
  1. Cara hidup islam yang ditunjukkan oleh tokoh
  2. Taraf pendidikan tokoh
  3. Nilai dan pengajaran dalam kehidupan rialiti tokoh

Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini meliputi skop sosio budaya dan agama yang tersemai dalam diri tokoh berdasarkan sumber nyata dan perbandingan dengan Filem Sarjan Hassan. Penulis bertanyakan soalan kepada sumber dan menterjemahkannya menjadi penulisan sejarah

Kaedah Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menyediakan satu set borang soal selidik (questionnaire survey method) yang digunakan sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (2005:202), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta seperti kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik ini diberikan kepada setiap sumber yang diyakini kesahehannya. Bagi mendapatkan maklumbalas, penyelidik menyerahkan dan mengumpulkan sendiri set soal selidik tersebut. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Bahagian A adalah mengenai demografi atau latar belakang responden.Manakala bahagian B, C dan D pula mengandungi jumlah kesemua soalan yang perlu dijawab oleh responden iaitu merangkumi 30 item bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian. Berikut adalah item-item bagi setiap bahagian:-

i. Bahagian A
Bahagian A set soal selidik mengandungi item yang berkaitan dengan latar belakang responden. Aspek aspek yang akan disoal dalam  bahagian ini ialah berkaitan biodata orang sumber. Pada bahagian ini responden diminta menandakan satu jawapan pilihan yang diberi.

ii. Bahagian B
Bahagian B pula mengandungi 10 item berkaitan dengan apakah kaitan oaring sumber dengan Sarjan Hassan

iii. Bahagian C
Bahagian C pula mengandungi 10 item mengenai apakah persepsi orang sumber mengenai filem Sarjan Hassan


iv. Bahagian D

Bahagian D mengandungi 10 item yang membincangkan mengenai  pendapat sumber terhadap watak dan perwatakan P Ramlee dalam filem Sarjan Hassan samaada sama degan rialiti atau tidak

Dalam bahagian B, C dan D soalan soal selidik, penyelidik menggunakan skala Likert. Responden dikehendaki menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem yang lain (Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999 : 97). Penyelidik menggunakan soal selidik yang bersifat positif yang bertujuan untuk mengalakkan responden
memberi maklum balas yang dikehendaki dalam pemilihan jawapan skala Likert yang menjadi pengukur untuk menjelaskan setiap skor yang diperolehi daripada item-item yang terbabit.
Data-data sekunder yang sesuai amat diperlukan bagi mendapatkan maklumat tertentu dan sekaligus dapat menyokong kajian yang dijalankan ini. Data-data ini diperolehi melalui:

i. Buku-buku, laporan kajian dan penyelidikan bertulis di Perpustakaan Sultanah Zanariah  (PSZ), UTM.
ii. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur.
iii. Buku-buku, latihan ilmiah dan kertas kerja di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Shah Alam.
iv. Buku-buku dan kertas projek (tesis dan disterasi) di Perpustakan Utama, Universiti Malaya.
v. Surat khabar dan artikel majalah
vi. Internet.





8.3 Dapatan Kajian
8.3.1 SIAPA SARJAN HASSAN SEBENARNYA?
UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu. Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.  Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.

Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.

Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal  Allahyarham.  Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.  Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas beberapa ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis.  "Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya. Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan.
Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai.

8.3.2 Taraf Pendidikan
Jika di lihat didalam filem Sarjan Hassan, watak yang didokong oleh P Ramlee hanya menumpukan pendidikan disekolah rendah sahaja. Sedangkan seperti yang kita sedia maklum, ketika dewasanya Sarjan Hassan mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan fasih. Persoalan ini timbul “adakah taraf pendidikan Sarjan Hassan hanya setakat tahun 5 sahaja?’ menurut orang sumber yang utama, anak Almarhum Sarjan Hassan, iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan telah merungkaikan persoalan tersebut dengan mendalam. Taraf pendidikan Sarjan Hasan dilihat bukan setaka darjah lima sahaja, menurut Mohsin, ayahnya pernah menerima pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala SawahRantauNegeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun.

Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Dari sisi ini dapat kita lihat sudut lain ketokohan Sarjan Hassan. Jika dibandingkan dengan filem, beliau dilihat hanya menumpukan nilai kemelayuan semata. Sedangkan  Beliau telah diajar ilmu keagamaan semenjak dari kecil dan sentiasa mengikut lunas lunas keagamaan dalam setiap tindakan. Nilai ini dapat kita gambarkan melalui sifat beliau. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten.

 Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama [1]pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor.

Jika diimbau kembali ketika detik beliau menimba ilmu, banyak kenangan suka dan duka dapat di imbau. Menurut anak aruah sarjan Hassan, Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950.

Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 September 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.

Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, bermula pada 16 November 1953 dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah.

Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda mendengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan.

Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang pegawai tidak bertauliah dalam platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap.

Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri.

Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senapangnya ke arah mereka, tetapi Allahyarham lebih pantas melepaskan tembakan yang berjaya membunuh pengganas terbabit.

Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham.

Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya.

Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain.

Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai suasana hutan tebal yang cukup tinggi.

Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya.


Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957
MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat [2]merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas.

Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion, Leftenan Kol EA Hefford dianugerahkan Military Medal (MM) pada 30 Disember 1953.

Beliau menerima pengiktirafan itu apabila Ratu melalui London Gazette menganugerahkan MM kepada Sarjan Hassan pada 12 Mac 1954 yang disampaikan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur.

Selain MM, Sarjan Hassan juga dianugerahkan General Services Medal dan Mention in Despatches[3] oleh Kerajaan British pada 1950 dan 1952 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi.

Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet Federation Training Wing di Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos tahun berkenaan.

Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan.
           
Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu.

Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).

Menurut Encik Mohsin ayahnya seorang yang kuat amal ibadah, menjaga solat. Ayahnya walaupun hebat di medan perang tetapi selalu berkata jihad yang paling susah ialah jihad melawan hawa nafsu.

Memang hebat P. Ramlee, dia menonjolkan seorang perwira negara dalam filem Sarjan Hassan dari kalangan orang beriman dan beramal soleh. Tetapi P. Ramlee menurut ceritanya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya sejarah negara kerana takut filem tersebut tidak akan tersiar. Oleh itu lembaran ini sedikit sebanyak dapat dijadikan nukilan dari sudut tepi Sarjan Hassan yang tidak dapat diterjemahkan didalam Filem tetapi dirungkai melalui rialiti.






REFLEKSI
Subjek Penulisan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib  diambil oleh seorang guru pelatih dibawah IPGM pengkhususan Pengajian Sejarah. Subjek ini mengetengah kan kepada kita mengenai teknik dan prosedur dalam melaksanakan penulisan sejarah  yang menjerumus kepada pendidikan. Dalam melaksanakan kerja kursus untuk subjek ini ianya merupakan satu cabaran  buat saya. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang sangat mencabar dari aspek kognatif dan saikologikal. Dari aspek tajuknya “penulisan sejarah” saya menyusunnya menjadi  beberapa bahagian dan setiap satunya saya olah mengikut  teknik huraian.  Sungguhpun  kerja kursus ini agak sukar, namun saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Ilmu ini merupakan satu penanda aras bagi saya dalam mendokong aspirasi Negara di bidang peguruan Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami mengenai cara cara mengendalikan program dangan berkesan dan seimbang.

            Dari segi aspek penekanan yang terkandung didalamnya dapat lah di tekankan bahawasanya mata pelajaran penulisan sejarah ini pada asasnya tetap mempunyai tunjang yang sama. Iaitu menekankan aspek pembelajaran menerusi kehidupan. Namun yang membezakan teknik teknik ini adalah cara penyampaian dan olahannya mengikut kehendak individu.  Dalam pemerhatian yang telah saya lakukan berdasarkan pembentangan  dan huraian yang diterjemahkan oleh rakan rakan saya, dapat diambil beberapa kesimpulan sebagai intipati dalam setiap pebentangan mereka.
           
            Dari sudut pembuatan pula, terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi dalam menyelesaikan masaalah ini. Teknik perangkaan program yang betul masih masih lagi belum saya kuasai, namun dengan bantuan rakan –rakan masaalah ini dapat diatasi. Beberapa contoh permainan tradisional telah di muat turun dari dalam talian untuk dijadikan sebagai rujukan lantas diolah dengan saksama. Olahan ini digubah dan dijadikan sebagai asas dalam subjek ini . Seterusnya masaalah yang dihadapi adalah, bahan untuk membuat jadual. Masaalah ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan bahan sedia ada dan di tambah baik dengan bahan baru. Hasilnya jenis sumber baru telah tercipta.

            Ketika memilih tajuk yang akan dijadikan modul untuk sesi mikro, kami telah bersetuju untuk memilih tajuk ini yang di rangka secara gabungan dengan mengambil aspek dari setiap ahli. Modul ini seterusnya di garap untuk menghasilkan permainan tradisional yang seimbang. Perbincangan secara dua hala melalui aplikasi wasup telah memudah kan saya untuk berhubung dengan rakan sepasukan.

Dari sudut implikasai dalam pembelajaran dan pengajaran pula dapat saya simpulkan bahawasanya sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi berbagai jenis teknik P&P yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkah laku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasinya  sebagai Pentaksiran & Pengurusan mata pelajaran pendidikan moral di sekolah.
         
Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Ini dapat kita lakukan dengan mengaplikasikan tindakan dalam teori moral. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara terus menerus bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini
       
Yang ketiga, sebagai seorang guru, kita per,lu bijak untuk menyesuaikan penggunaan Teknik-teknik  pembelajaran ini mengikut situasi dan keperluan.  Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
      Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, pengurusan yang seimbang  sangat membantu murid untuk memantapkan kemahiran interaksi sesama mereka. Hal ini kerana, banyak teknik P&P yang lebih bertumpu pada kemahiran kognitif atau fizikal sahaja, maka sedikit sebanyak kemahiran interaksi ini telah diabaikan. Sebagai penambah baikan untuk Teori pengajaran ini,  gunakan pendekatan murid dengan persekitaran dengan ini murid dapat berinteraksi dengan lebih terbuka. Ini akan membantu murid mencambahkan pengetahuan mereka secara tersusun iaitu melalui perkataan. Ramai murid  sekarang yang hanya bijak di atas kertas sahaja. Mereka sangat bertumpu pada teori sesuatu subjek itu sahaja. Hatta, ada juga murid yang aktif di padang tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan sempurna. Maka, model pengajaran personal ini sebenarnya telah membuka peluang kepada setiap individu murid untuk mengubah cara mereka.

Disamping itu, melalui setiap teori pengajaran ini murid sebenarnya berpeluang untuk meneroka bagi meningkatkan kemampuan diri sendiri. Murid dapat menentukan cara pembelajaran mereka sendiri. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran sangat menekankan individu sebagai insan yang unik maka seorang guru akan dicabar untuk membentuk personaliti murid yang berintegrasi, penuh keyakinan, dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan diri dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.

       Secara keseluruhannya dapat kita nilai setiap teknik P&P  yang dibawa oleh para peneraju pendidikan mempunyai nilai dan pengajaran yang menjadi pokok keunikan teknik teknik pembelajaran yang di rangka oleh mereka.  Dasar-dasar awal pendidikan ini perlulah sentiasa menjadi sumber kepada masyarakat malaysia kursusnya masyarakat melayu dan di pelihara agar dapat di corakkan kepada masyarakat melenium dimasa kini demi  membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Benarlah kata pepatah yang Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya. Asas ini lah yang membawa kita untuk menjadi sebuah bangsa yang gah di mata dunia.




Rujukan

            Bhasah Abu Bakar. (2009). Pahlawan melayu terbilang. Quantum Books : Tanjong Malim, Perak.

            Bond T.G & Fox C.M. 2007. Malay Herros. 2nd Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

            Mohamad   Fauzi Yunus. (1996). Sarjan Hassan. Unit Kurikulum : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Atas Talian diperoleh pada 2 Oktober 2012. http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf

            Popham W.J (1978). WATANIAH. Englewood Cliff,NJ. Prentice-Hall.

            Quek B.C (1989). Unsong heros. Unpublished Doctoral Dissertation: Michigan State University.



[1] Drama “Zaman Darurat” ditayangkan pada hari kebangsaan 1958 di panggung “Sinima Jalan Ampas”
[2] Maklumat diambil dari buku “sejarah pahlawan melayu terbilang”
[3] Pangkat ini hanya diberian kepada Askar yang mempunyai banyak sumbangan dan keberanian oleh kerajaan British