BAB
LIMA:
PENGURUSAN PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH
|
STRUKTUR ORGANISASI PANITIA SEJARAH
§
Secara umumnya, keperluan penubuhan
panitia mata pelajaran di setiap sekolah adalah berdasarkan ketetapan yang
telah diselaraskan di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk “Panitia Mata Pelajaran”.
§
Pekeliling ini telah dikeluarkan atas
saranan Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sebelum tahun 1986,
terdapat beberapa masalah utama berkait dengan panitia mata pelajaran di
sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti termasuklah:
1.
Ketiadaan dasar dan garis panduan yang
mewajibkan penubuhan panitia mata pelajaran;
2.
Penubuhan dan perjalanan panitia-panitia
mata pelajaran di sekolah tidak diselaraskan;
3.
Ketiadaan arahan dan panduan yang jelas
tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab sesebuah panitia;
4.
Terdapat sekolah yang tidak menubuhkan
panitia mata pelajaran;
5.
Terdapat sekolah yang tidak mengaktifkan
peranan panitia mata pelajaran.
Keperluan Penubuhan Panitia Mata
Pelajaran di Sekolah
§
Penubuhan panitia mata pelajaran di
sekolah adalah PERLU berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.
§
Sebuah “panitia” (committee) yang
dianggotai dalam kalangan guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama
hendaklah ditubuhkan sebagai sebuah badan ikhtisas.
§
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1986, kewajaran penubuhan panitia di sesebuah sekolah termasuklah:
“Menyedari hakikat
ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata
pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar mereka sebagai
pendidik.
Mereka juga harus
mempunyai semangat berkerjasama, saling membantu dan berkongsi
fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi
kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang
mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk berkerjasama dan menyelaraskan
usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.
Dengan wujudnya
badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari
penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran,
bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
pelajar-pelajar.”
Struktur dan Organisasi Panitia Sejarah
§
Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah
sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh kesemua guru yang terlibat atau
mengajar mata pelajaran Sejarah di sesebuah sekolah.
§
Di peringkat sekolah rendah misalnya,
penubuhan Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah dianggotai oleh guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Kurikulum Standard Sejarah Tahun Empat hingga Enam
bermula Tahun 2014.
§
Bermula tahun 2016, Panitia Sejarah ini
akan menggantikan sepenuhnya Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan selaras dengan pemansuhan mata pelajaran tersebut
secara berperingkat sehingga tahun 2016.
§
Panitia Sejarah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang Guru Kanan
yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar. Menurut Ismail Said
& Rosadah Nik Ali (2013), Ketua Panitia perlulah dilantik dalam kalangan
guru kanan yang beropsyen Sejarah di sesebuah sekolah.
Organisasi Panitia Sejarah di Sesebuah
Sekolah
Penasihat
Guru Besar
Ketua Panitia
Guru Kanan Sejarah
(berdasarkan lantikan Guru Besar)
Setiausaha Panitia
(berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia)
Ahli-ahli Panitia
(dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah)
§
Ketua Panitia Sejarah secara automatiknya
akan dilantik menjadi ahli kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Jawatankuasa
ini berperanan sebagai penghubung di antara ahli-ahli di dalam setiap panitia
dengan Guru Besar dan pihak pentadbiran sekolah.
§
Setiap panitia haruslah mengadakan
mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali bagi setiap penggal
persekolahan dan sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat.
§
Setiap keputusan yang dibuat dalam
mesyuarat panitia berhubung isu atau masalah berkaitan dengan kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong
Kanannya untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk dimaklumkan.
TUJUAN PANITIA SEJARAH
§
Penubuhan sesebuah panitia mata pelajaran
berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 termasuklah:
1.
Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan
kekesanan pengajaran-pembelajaran;
2.
Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan
strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan
kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;
3.
Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar
dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan
berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah;
4.
Mewujudkan semangat berkerjasama di antara
panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
PENGURUSAN PANITIA SEJARAH
§
Sesebuah Panitia Sejarah yang baik
perlulah diuruskan dan dikelolakan dengan baik. Pengurusan panitia yang baik
termasuklah melalui pengurusan rekod yang bersistematik serta penetapan hala
tuju dan perancangan panitia yang tersusun.
§
Di bawah pengurusan sesebuah Panitia
Sejarah, dua aspek penting perlu ditekankan termasuklah:
1.
Sistem Fail
2.
Perancangan Aktiviti
1. Sistem Fail
§
Sistem Fail merujuk kepada proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk
rujukan dengan selamat, mudah diperolehi dengan cepat bila dikehendaki, dan
proses ini meliputi klasifikasi, penyusunan, penyimpanan, dan pelupusan rekod.
§
Penggunaan sistem fail dalam pengurusan
sesebuah panitia mata pelajaran di sekolah adalah berdasarkan panduan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Arahan Perkhidmatan
Bab 4: Fail Memfail.
§
Selain itu, panduan sistem fail yang
selaras dengan perkhidmatan awam turut digunakan dalam pengurusan fail panitia
yang tertakluk kepada Sistem Fail Arkib Negara Malaysia seperti yang
terkandung di bawah Akta Arkib Negara Malaysia 2003.
§
Di peringkat panitia mata pelajaran, fail
berwarna putih akan digunakan yang diklasifikasikan sebagai fail terbuka
dan terhad.
§
Sistem fail yang digunakan dalam sektor
perkhidmatan awam di Malaysia hadir bersama-sama dengan kod dan nombor
panggilannya. Berikut adalah contoh kod fail bagi sistem fail sesebuah panitia
mata pelajaran di sesebuah sekolah:
TBCXXXX / 06 / 06 / XXX
(Kod Sekolah) / (Kurikulum) / (Panitia) / (Mata
Pelajaran)
*
Kod Fail di bawah Kod Kurikulum:
06/01
- Laporan Lawatan
06/02
- Jadual Waktu
06/03
- Kursus Pengajian
06/04
- Pelbagai
06/05
- Ujian/Peperiksaan
06/06
- Panitia
§
Dalam Sistem Fail sesebuah panitia mata
pelajaran, terdapat SEPULUH kandungan yang perlu diuruskan termasuklah:
Bil.
|
Kod
|
Tajuk
|
Isi Kandungan Fail
|
1.
|
06/06/XXXA
|
Fail Induk
|
1. Surat-surat Perhubungan luar
|
2.
|
06/06/XXXB
|
Sukatan Pelajaran
|
1. Sukatan Pelajaran;
2. Huraian Sukatan Pelajaran ;
3. Rancangan Pelajaran Tahunan;
4. Senarai Buku Rujukan Guru/Murid;
5. Pekeliling Ikhtisas yang berkait dengan Kurikulum
|
3.
|
06/06/XXXC
|
Mesyuarat Panitia
|
1. Surat panggilan mesyuarat panitia;
2. Minit mesyuarat;
|
4.
|
06/06/XXXD
|
Program Kecemerlangan
|
1. Perancangan Program
2. Perlaksanaan Program
|
5.
|
06/06/XXXE
|
Keputusan Ujian dan Peperiksaan
|
1. Analisa Keputusan Peperiksaan Awam (UPSR) peringkat sekolah;
2. Analisa Keputusan Peperiksaan Mata Pelajaran dalam peperiksaan
awam;
3. Analisa pencapaian mata pelajaran peringkat sekolah
(bulanan/penggal);
4. Headcount;
5. Post-mortem.
|
6.
|
06/06/XXXF
|
Penyeliaan
|
1. Jadual Penyeliaan/ Pencerapan;
2. Laporan Penyeliaan PdP oleh Guru Besar;
3. Laporan Penyeliaan PdP oleh GPK;
4. Laporan Penyeliaan PdP oleh Guru Kanan Panitia;
5. Laporan Penyeliaan PdP oleh rakan sejawat.
|
7.
|
06/06/XXXG
|
Pemeriksaan Buku Latihan
|
1. Jadual Pemeriksaan Buku Latihan/ Rampaian;
2. Jaduan Pemeriksaan Buku Program/Buku Kerja/Buku Nota.
|
8.
|
06/06/XXXH
|
Aktiviti Ko-Kurikulum
|
1. Surat-menyurat Ko-kurikulum Akademik;
2. Laporan ringkas aktiviti.
|
9.
|
06/06/XXXI
|
Fail Bank Soalan
|
1. Koleksi soalan ujian/ peperiksaan yang dibina mengikut tahap
murid di sekolah;
2. Koleksi soalan dari Daerah/Negeri lain;
3. Koleksi soalan yang telah dianalisis (Bank Soalan)
|
10.
|
06/06/XXXJ
|
Fail Maklumat Guru Mata Pelajaran
|
1. Maklumat Peribadi Guru;
2. Jadual Waktu Mengajar Guru;
3. Carta Organisasi Kurikulum/Panitia;
4. Jawatankuasa Panitia.
|
* XXX adalah kod kepada mata pelajaran. Contohnya 002.
§
Dalam pengurusan sesebuah sistem fail,
perkara-perkara tersebut turut diambilkira termasuklah:
1. Minit (Doket) : Rekod pergerakan keluar masuk surat dan dokumen dalam
sesebuah fail
(diletak di sebelah kiri dalam fail)
2. Isi Kandungan : Diletakkan pada sebelah kanan dalam fail; Disusun dengan surat
baharu di
bahagian atas.
*(minit dan isi kandungan diikat
menggunakan tali hijau pada fail yang ditebuk)
3. Rekod Pergerakan : Sebuah buku rekod (buku log) berkaitan dengan rekod
pergerakan fail diwujudkan.
4. Simpanan Fail : Fail Induk Panitia (berwarna putih) disimpan di
pejabat; Fail-
fail
lain disimpan oleh Ketua Panitia.
2. Perancangan Aktiviti
§
Sesebuah panitia mata pelajaran yang baik
haruslah mempunyai perancangan aktivitinya tersendiri yang akan menjadi penentu
hala tuju sesebuah panitia bagi sesebuah tahun atau tempoh tertentu.
§
Sebagai cadangan, setiap panitia haruslah
mempunyai “Buku Perancangan Tahunan” yang terancang. Buku perancangan ini
haruslah meliputi:
1.
Pengurusan dan pentadbiran panitia;
2.
Perancangan akademik panitia;
3.
Perancangan persatuan/kelab akademik;
4.
Dokumen sokongan
KANDUNGAN BUKU PERANCANGAN TAHUNAN
PANITIA
|
|
BAHAGIAN
|
KANDUNGAN
|
SATU:
Pengurusan dan Pentadbiran
|
1.
Visi, Misi dan Matlamat Sekolah;
2.
Carta Organisasi Sekolah;
3.
Carta Organisasi JK Kurikulum Sekolah;
4.
Carta Organisasi Panitia;
5.
Senarai Guru Panitia dan Biodata;
6.
Senarai Penyedia Soalan
Ujian/Peperiksaan;
7.
Data Pelajar Tahun Semasa;
8.
Perancangan Aktiviti Tahunan (Carta
Gantt);
9.
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan.
|
DUA:
Perancangan Akademik
|
1.
Prestasi Semasa Mata Pelajaran Tahun
Sebelum bagi setiap Darjah dan Peperiksaan Awam;
2.
Data/Rekod Peperiksaan UPSR bagi Mata
Pelajaran (sekiranya ada) hingga Tahun Terkini;
3.
Data/Rekod Ujian Kecergasan/UDTA;
4.
Perancangan Strategik Semua Darjah:
§
Keputusan peperiksaan terakhir;
§
Sasaran tahun semasa;
§
Strategi/aktiviti peningkatan prestasi.
|
TIGA
Perancangan Kelab/ Persatuan Akademik
|
1.
Menubuhkan kelab/persatuan akademik
yang berkait dengan mata pelajaran (cth: Persatuan Sejarah);
2.
Merancang aktiviti untuk
kelab/persatuan akademik;
3.
Melaksana aktiviti untuk
kelab/persatuan akademik yang terbabit.
|
EMPAT
Dokumen Sokongan
|
1.
Penetapan kuota latihan bagi setiap
Darjah;
2.
Panduan penentuan gred peperiksaan atau
ujian;
3.
Pemeriksaan buku
latihan/nota/kerja/projek murid;
4.
Laporan Pemantauan Kurikulum
Berkualiti;
5.
Sistem Fail Panitia;
6.
Senarai Buku Rujukan/CD/BBM untuk guru.
|
Perancangan Mesyuarat Panitia
§
Selain itu, setiap panitia haruslah
merancang untuk mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali bagi
setiap penggal persekolahan seperti yang disyaratkan melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/1986.
§
Tarikh mesyuarat panitia haruslah
ditetapkan selaras dengan tarikh yang dicadangkan dalam Takwim Tahunan Sekolah.
Ketua Panitia dan Setiausahanya haruslah menentukan penetapan tarikh dan tempat
mesyuarat, mengeluarkan surat panggilan mesyuarat serta menetapkan agenda bagi
sesebuah mesyuarat.
§
Setiap kali selesai bermesyuarat, satu
minit mesyuarat hendaklah disediakan oleh Setiausaha Panitia dan difailkan.
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP)
§
Sesebuah panitia mata pelajaran
berperanan dalam menetapkan guru yang akan mengajar mengikut kelas.
§
Dalam menetapkan guru yang mengajar,
bidang pengkhususan guru mengikut tahap keupayaan murid atau darjah perlu
diambilkira.
§
Ketua Panitia bertanggungjawab
memanjangkan permohonan guru mata pelajaran kepada Guru Besar sekiranya guru
opsyen adalah tidak mencukupi.
§
Pihak panitia juga bertanggungjawab
menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut format Kurikulum
Berkualiti. Selain itu, semakan berkala dan analisa ke atas RPT juga perlu
dilakukan oleh panitia bagi mendapatkan hasilan yang terbaik.
§
Selain itu, pihak panitia haruslah
menekankan aspek-aspek berikut dalam melakukan perancangan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) termasuklah:
1.
Menyedia dan menyimpan data murid
2.
Menyimpan data peperiksaan dan penilaian
3.
Menetapkan buku rujukan guru
4.
Menyenaraikan buku teks/rujukan/kerja
murid
5.
Menetapkan kekerapan jumlah latihan dan
semakan latihan
6.
Menentukan standard pemeriksaan buku
nota/latihan murid
7.
Merangka strategi PdP untuk kelas
peperiksaan (jika ada)
8.
Merancang kajian tindakan
Perancangan Program Sokongan Panitia
§
Sesebuah panitia yang berkesan juga perlu
merangka dan merancang perlaksanaan pelbagai program sokongan yang berupaya
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sesuatu mata
pelajaran termasuklah:
1.
Kelas bimbingan Sejarah
2.
Klinik Sejarah
3.
Minggu Sejarah
4.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar
5.
Hadiah Motivasi
6.
Program Restu Ilmu (Kelas Peperiksaan)
7.
Sudut Khas Sejarah
Perancangan Pembangunan Guru/Staf
§
Bagi meningkatkan lagi kualiti para guru
atau staf bagi sesebuah panitia, perancangan pembangunan guru dan staf juga
perlu dirangka.
§
Antara program pembangunan yang boleh
dirangka termasuklah:
1.
Kursus Dalaman
2.
Meningkatkan Keilmuan Guru:
§
Teori pedagogi
§
Kaedah P&P
terkini
§
Pengurusan
Panitia
§
Kemahiran ICT
§
Kemahiran
mengguna BBM terkini
§
Isu-isu semasa
pendidikan dan kerjaya mata pelajaran
§
Pembinaan profil
pelajar
§
Pengurusan bilik
darjah
§
Kaedah P&P
berkesan
§
Kemahiran belajar
§
Membuat kajian
tindakan
3.
Post-Mortem/Kajian Tindakan:
§
Penilaian Kendiri – refleksi diri:
ú
Menyemak kelemahan dan kekuatan P&P
guru
ú
Mencadangkan program pembaikan
§
Post-Mortem Jadual Spesifkasi Ujian:
ú
Aras Soalan : Pengetahuan
:
Kefahaman
: aplikasi
: analisis
: sintisis
: penilaian
§
Analisis Item
§
Analisis
Keputusan Ujian/Peperiksaan
§
Analisis
Pencapaian Ujian/ Peperiksaan
§
Pemulihan dan
Pengayaan
PERANAN PANITIA SEJARAH
§
Peranan sesebuah panitia mata pelajaran
ada dijelaskan secara terperinci melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.
Antara peranan sesebuah panitia mata pelajaran termasuklah:
1.
Memperolehi sukatan mata pelajaran
terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;
2.
Menyediakan rancangan mengajar untuk
ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. *(takwim sekarang - hanya dua
penggal) Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam suatu
tingkatan/darjah dan di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir
sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada
kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan
mereka;
4.
Memilih dan mencadangkan buku-buku
rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan
pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber
sekolah;
5.
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan
peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau
darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;
6.
Mengkaji dan menganalisis keputusan
peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
7.
Mengadakan mesyuarat panitia secara
berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan
perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan jika perlu;
8.
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan
ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan
membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berkaitan, seperti masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah
tersebut;
9.
Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan
baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli
lain;
10. Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran;
11. Berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan;
12. Berkerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha
ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu;
13. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan
minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
14. Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod
yang berkaitan.
Sangat membantu... Terima kasih
ReplyDelete