BAB SATU:
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH
LAPAN fokus utama dalam bab ini termasuklah:
1. Latar Belakang Kurikulum Sejarah
2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
3. Asas Penggubalan KSSR
4. Bentuk KSSR
5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
6. Kurikulum Berasaskan Standard
7. Kurikulum Sejarah berkaitan: i. Huraian dan Perincian; ii.
Bentuk Kurikulum;
iii. Rasional Kurikulum Sejarah; iv.
Komponen Kurikulum Sejarah
8.
Kaitan Kurikulum dengan Kehidupan Individu,
Masyarakat dan Negara
|
1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH
§
Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran
teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II.
Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di
Sekolah Rendah
14 Oktober 2008:
§
Idea memperkenalkan mata pelajaran
Sejarah di sekolah rendah telah mula diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri
pada masa tersebut iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu
kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur.
§
Menurut DS Abdullah, kerajaan
mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di
seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara
bermula daripada peringkat umur rendah.
§
DS Abdullah dipetik sebagai berkata, “Sejarah
adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami
pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.”
14 Jun 2009:
§
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan
Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran
Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah.
§
Pengenalannya adalah selaras dengan
transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010.
§
Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan
dimulakan di 500 buah sekolah perintis di seluruh negara bermula tahun 2010
atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada ketika itu.
§
Mata pelajaran Sejarah akan diajar
bermula dari Tahun Satu dan bakal menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan.
25 Ogos 2010:
§
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad
Zarkashi mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata
pelajaran Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.
§
Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
akan diajar menggunakan pendekatan education is fun menerusi pendekatan
seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
24 Oktober 2010:
§
YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang
akan melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014.
§
Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi
menyelaraskan pusingan awal KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada
sesi persekolahan 2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun
2014.
§
Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang
cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula
tahun 2013.
§
Pengenalan mata pelajaran Sejarah di
bawah KSSR akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan
dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun
2016.
Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah
Sekolah Rendah
§
Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran
teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah.
§
Pengenalan mata pelajaran Sejarah di
sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah bertujuan untuk menyemai
kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid
memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.
§
Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di
sekolah rendah akan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi
mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.
§
Mata pelajaran Sejarah di peringkat
sekolah rendah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai
suatu disiplin ilmu yang dinamik.
§
Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR
memberikan penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain
itu, pelbagai nilai tambah lain turut diterapkan dalam Sejarah KSSR
termasuklah:
Nilai Tambah Alaf Baru
|
Kemahiran Berfikir;
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK);
Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;
Kemahiran Kajian Masa Hadapan;
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.
|
Pemupukan Nilai
|
Nilai-nilai Murni;
Semangat Patriotisme;
Elemen Kewarganegaraan;
Nilai Sivik.
|
§
Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan
pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
perlaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.
§
Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk
rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
§
Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah
negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan
menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.
§
Kandungan mata pelajaran Sejarah di
peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang
negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta
kesinambungannya yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat
Malaysia.
§
Kandungan mata pelajaran sejarah disusun
secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan
dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat
menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.
§
Bagi menarik minat murid terhadap
pembelajaran Sejarah, mata pelajaran Sejarah KSSR akan menekankan pendekatan
pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun) termasuklah melalui:
1.
Kemahiran berfikir secara Kreatif;
2.
Kritis;
3.
Inovatif;
4.
Aktiviti Inkuiri;
5.
Penerokaan;
6.
Aplikasi Elemen Didik Hibur.
1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
§
Penggubalan sebuah kurikulum baharu yang
digunapakai di sekolah rendah bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat
Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008 yang bersetuju untuk
melaksanakan Transformasi Kurikulum Kebangsaan.
§
Transformasi kurikulum di peringkat
sekolah rendah telah dicadangkan dalam usaha melakukan penambahbaikan dalam
sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya
kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
§
Kementerian Pelajaran Malaysia
kemudiannya telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan
untuk melakukan transformasi terhadap kurikulum sekolah rendah sedia ada iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
§
Hasilnya, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula
sesi persekolahan tahun 2011.
§
Pengenalan KSSR bukannya menggantikan
sepenuhnya kurikulum lama di bawah KBSR, akan tetapi KSSR adalah merupakan
penambahbaikan daripada kurikulum lama sedia ada di bawah KBSR.
§
Antara pembaharuan yang telah dilaksanakan
melalui KSSR termasuklah:
1.
Fokus tiga kemahiran asas utama di bawah
KBSR iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) telah ditambah dengan kemahiran
menaakul menjadikannya sebagai membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M);
2.
Pengenalan elemen kreativiti, inovasi dan
keusahawanan;
3.
Pengenalan elemen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
§
Penambahbaikan kurikulum dalam KSSR
adalah merupakan hasil daripada penandaarasan (benchmarking) yang dibuat
ke atas sistem pendidikan di negara maju serta maklumbalas daripada pelbagai
pihak termasuk badan akademik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang
perseorangan.
Hasrat KSSR
§
Melalui pengenalan KSSR, Kementerian
Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif melalui beberapa tunjang yang telah digariskan.
§
Antara hasrat yang disasarkan oleh
kerajaan melalui pengenalan KSSR termasuklah:
1.
Warganegara Bertanggungjawab:
ú
Berbudi
ú
Bersatu padu
ú
Patriotik
ú
Adil
ú
Penyayang
ú
Berbakti
2.
Pekerja Berilmu:
ú
Inovatif
ú
Kreatif
ú
Dahagakan Ilmu
ú
Menguasai Kemahiran TMK
ú
Pencipta Teknologi
ú
Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.
Global Player:
ú
Berdaya Saing
ú
Berdaya Tahan
ú
Kemahiran Berkomunikasi
ú
Jati Diri
4.
Murid yang Seimbang dari Segi Intelek,
Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial:
ú
Berilmu pengetahuan
ú
Berketrampilan
ú
Percaya kepada Tuhan
ú
Berakhlak mulia
ú
Berkeyakinan
ú
Berdikari
1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR
§
Dalam merangka Kurikulum Standard Sekolah
Rendah, beberapa teras utama telah dijadikan asas dalam menggubal sebuah
kurikulum yang holistik dan mapan.
§
Antara teras-teras utama yang dijadikan
asas dalam pembangunan kurikulum di bawah KSSR termasuklah:
1.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
3.
Wawasan 2020
4.
Rancangan Jangka Panjang
5.
Cabaran Abad ke-21
6.
Model Baru Ekonomi
7.
Teori Pembelajaran (terkini)
8.
4 Tonggak UNESCO
i.
Belajar untuk Mengetahui (Learn to
know)
ii.
Belajar untuk Bertindak (Learn to Do)
iii.
Belajar untuk Hidup Bersama (Learn to
Leaving Together)
iv.
Belajar untuk Membentuk Peribadi (Learn
to Be)
9.
Sumber Ilmu yang Muktabar
§
Selain itu, dalam menggubal KSSR,
beberapa prinsip utama turut digunakan dalam menggubal sebuah kurikulum yang
mampu melahirkan insan yang seimbang dan holistik.
§
Secara prinsipnya juga, KSSR telah
mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Antara prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal
KSSR termasuklah:
1.
Pendekatan Bersepadu:
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu -
Pengetahuan :Mengetahui
asas sejarah perkembangan negara
Kemahiran :Mengaplikasi
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Nilai :Menerapkan
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
2.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh:
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk
memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi
murid dikembangkan secara bersepadu.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan intelek,
emosi dan sosial kepada setiap individu murid.
Intelek : Memahami dan
menilai setiap peristiwa sejarah dan
kesinambungannya
dalam kehidupan masa kini.
Emosi : Mewujudkan
keterikatan emosi kepada negara (dimensi
ketujuh
dalam dimensi kewarganegaraan).
Sosial : Mewujudkan
persekitaran sosial yang baik di antara
masyarakat
pelbagai kaum melalui perpaduan nasional.
3.
Pendidikan Saksama untuk Semua Murid:
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran teras
bagi murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh semua individu murid.
4.
Pendidikan Seumur Hidup:
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan
pendidikan sepanjang hayat.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat berfikir
yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat dalam memahami dan menilai
setiap peristiwa bersejarah dalam kehidupan.
4. BENTUK KSSR
§
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
menggunapakai konsep “tunjang” yang merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohami, emosi, jasmani dan sosial.
§
ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah
KSSR yang mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
§
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
pengstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai oleh murid. Setiap tunjang adalah saling berhubung kait dan bersepadu.
Komunikasi
|
Perkembangan Fizikal dan Estetika
|
Kemanusiaan
|
Ketrampilan Diri
|
Sains dan Teknologi
|
Kerohanian, Sikap dan Nilai
|
1. Tunjang Komunikasi:
ú
Tunjang Komunikasi memberi penekanan
kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi.
ú
Tunjang ini memberi fokus kepada
kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai
tambah menaakul.
ú
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi
membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan
murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam
interaksi sosial.
ú
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi
ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab,
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban,
Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika:
ú
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan
diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
ú
Disiplin ilmu yang membangunkan aspek
fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat
dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
3. Tunjang Kemanusiaan:
ú
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan
kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan.
ú
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.
4. Tunjang Keterampilan Diri:
ú
Tunjang Keterampilan diri memberi
penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
ú
Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.
ú
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga
dan masyarakat.
5. Tunjang Sains dan Teknologi:
ú
Tunjang Sains dan Teknologi memberi
penekanan kepada penguasaan:
·
Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
saintifik;
·
Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
matematik;
·
Pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi
ú
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai:
ú
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan
amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
ú
Disiplin ilmu dalam tunjang ini
merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi
murid bukan Islam.
- - - - - - - - - - - -
§
Selain memperkenalkan konsep tunjang
dalam pengklasifikasian bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam KSSR,
bentuk kurikulum KSSR juga dibina secara berfokus.
§
Melalui enam tahun persekolahan di
peringkat rendah, fokus KSSR adalah untuk memastikan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.
§
KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik.
§
Pada Tahap I, pengajaran dan
pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk
literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran
tersebut.
§
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran
nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
§
Pada Tahap II, penekanan diberikan
kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK,
penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.
§
Bermula Tahap II di Tahun Empat juga,
murid-murid mula didedahkan dengan mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata
pelajaran di bawah tunjang kemanusiaan.
5. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
§
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur
nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan.
§
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
§
Elemen merentas kurikulum yang sedia ada
adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
§
Elemen merentas kurikulum yang baharu,
iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
§
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen
merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
|
|
ELEMEN SEDIA ADA
|
ELEMEN BAHARU DALAM KSSR
|
1.
Bahasa;
2.
Pendidikan Alam Sekitar;
3.
Nilai Murni;
4.
Sains dan Teknologi;
5.
Patriotisme;
6.
Kemahiran Berfikir;
7.
Kepimpinan;
8.
Kemahiran Belajar Cara Belajar;
9.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial;
10.
Pencegahan Rasuah;
11.
Kajian Masa Depan;
12.
Pendidikan Pengguna;
13.
Keselamatan Jalan Raya
|
1.
Kreativiti dan Inovasi;
2.
Keusahawanan;
3.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
|
§
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang
boleh diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah KSSR termasuklah elemen:
ELEMEN EMK
|
CONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH
|
Bahasa
|
§ Kemahiran berbahasa dalam proses PdP;
§ Aktiviti bahasa seperti pidato, debat, deklamasi sajak dsb;
§ Kemahiran menyebut dan memahami makna istilah-istilah tertentu
dalam Sejarah.
|
Pendidikan Alam Sekitar
|
§ Kepentingan menghayati alam sekitar;
§ Penghargaan ke atas alam sekitar;
§ Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun Empat)
|
Nilai Murni
|
§ Penerapan nilai-nilai murni melalui penghayatan peristiwa
sejarah;
§ Penekanan terhadap nilai-nilai bersama dalam masyarakat berbilang
kaum di Malaysia;
§ Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan
|
Sains dan Teknologi/
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
|
§ Penggunaan elemen teknologi dalam proses PdP;
§ Inkuiri dan penerokaan maklumat menggunakan TMK
|
Kemahiran Berfikir
|
§ Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK);
§ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
§ Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
|
Patriotisme
|
§ Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR;
§ Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan;
§ Penghayatan terhadap kandungan kurikulum Sejarah dalam menanam
semangat patriotisme;
§ Ditekankan secara langsung dan tidak langsung
|
Kepimpinan
|
§ Murid diberi peluang memimpin dalam melaksanakan aktiviti PdP;
§ Murid mengkagumi tokoh-tokoh terbilang dalam sejarah negara.
|
Kemahiran Belajar Cara Belajar
|
§ Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) menjadi satu alat berfikir
dan alat belajar kepada murid dalam meneroka dan menghayati setiap peristiwa
di sekeliling mereka dari konteks sejarah.
|
Kajian Masa Depan
|
§ Menjadikan pengetahuan sejarah sebagai asas dalam menentukan masa
hadapan;
§ Berfikir tentang masa hadapan melalui iktibar sejarah masa lalu;
§ Mengaitkan kegemilangan masa lalu dalam usaha memajukan masa
hadapan.
|
Kreativiti dan Inovasi
|
§ Murid menghayati kreativiti masyarakat terdahulu (Zaman
Prasejarah);
§ Murid diberi peluang mereka cipta alat-alat zaman batu yang
mudah;
§ Murid diberi peluang mempersembahkan kandungan sejarah mengikut
kreativiti masing-masing.
|
Keusahawanan
|
§ Murid diajak berfikir mengenai faktor-faktor dan
tindakan-tindakan para pemimpin zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga mampu
mewujudkan empayar perdagangan terkemuka di dunia.
|
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Baharu
dalam KSSR
§
Tiga Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
baharu yang diperkenalkan dalam KSSR termasuklah:
1.
Kreativiti dan Inovasi
2.
Keusahawanan
3.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1. Kreativiti dan Inovasi:
ú
Kreativiti merupakan kebolehan minda
berimaginasi dan mencernakan sesuatu maklumat untuk penyelesaian masalah,
cabaran, soalan atau tugasan.
ú
Kreativiti juga merujuk kepada kemampuan
atau kebolehan mencipta sesuatu yang asli dan sesuai.
ú
Inovasi pula merujuk kepada keupayaan
menghasilkan sesuatu yang bersifat baharu (belum ada sebelumnya) yang dilakukan
berdasarkan modifikasi atau adaptasi daripada perkara yang sedia ada.
ú
Pengenalan elemen kreativiti dan inovasi
dalam KSSR adalah bertujuan untuk menghasilkan modal insan berdaya cipta dan
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti yang menjadi amalan dan
budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat,
bangsa, agama dan negara.
ú
Strategi PdP yang boleh dilaksanakan dalam
menggunapakai elemen kreativiti dan inovasi termasuklah melalui:
1.
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan
Kritis;
2.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi;
3.
Pembelajaran Konstruktivisme;
4.
Inkuiri Penemuan;
5.
Pembelajaran Kontekstual;
6.
Pembelajaran Berasaskan Projek;
7.
Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian
Masalah;
8.
Kajian Masa Depan
2. Keusahawanan:
ú
Pengenalan elemen keusahawanan di bawah
KSSR ditekankan melalui lima aspek iaitu:
1.
Mengamalkan sikap keusahawanan;
2.
Mengamalkan cara berfikir ke arah
keusahawanan;
3.
Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan asas jual beli;
4.
Menghasilkan produk berasaskan
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi dan vokasional;
5.
Nilai moral dan etika keusahawanan.
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
ú
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
adalah merupakan teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,
peralatan komunikasi, dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,
menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar, dan melindungi maklumat di
mana saja dan pada bila-bila masa.
ú
Matlamat TMK dalam Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan
menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran
kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
ú
Fokus TMK dalam KSSR termasuklah:
1.
Belajar Mengenai TMK:
Mengenali dan memperolehi pengetahuan
tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi termasuklah mengenali gajet-gajet IT,
perisian, perkakasan input dan output dsb.
2.
Belajar Dengan TMK:
Perisian komputer dalam TMK digunakan
sebagai alat pengupaya untuk mengajar dan belajar contohnya melalui penggunaan perisian
Power Point dan Slideshow oleh guru.
3.
Belajar Melalui TMK:
Menggunakan media-media dalam TMK seperti
internet, CD-rom, portal E-bahan, EduWebTV dsb dalam usaha mencari maklumat dan
ilmu pengetahuan berkaitan sesuatu perkara atau topik.
6. KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
§
Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan “standard”
iaitu satu pencapaian atau penanda aras yang perlu dicapai oleh setiap individu
murid dalam satu-satu tempoh tertentu sepanjang berada di sekolah rendah.
§
Terdapat dua jenis pernyataan standard
yang diperkenalkan menerusi KSSR yang dikenali sebagai Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran.
§
Bagi tujuan penilaian pula, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan sebagai satu langkah pentaksiran
secara berterusan oleh guru ke atas setiap individu murid. Penilaian ini juga
dibuat menggunakan standard yang dikenali sebagai Standard Prestasi.
KOMPONEN STANDARD
|
HURAIAN
|
Standard Kandungan
|
Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
|
Standard Pembelajaran
|
Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator)
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
|
Standard Prestasi
|
Satu set kriteria umum yang menunjukkan
tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara
itu telah dikuasai oleh murid (indicator of success).
|
Contoh Standard Kandungan dalam Sejarah KSSR:
Bab Satu: Mari Belajar Sejarah
Standard Kandungan:
1.1 - Mengetahui dan memahami pengertian dan
kemahiran sejarah;
1.2 - Mengetahui dan memahami diri dan
keluarga;
1.3 - Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;
1.4 - Mengetahui dan memahami perihal kawasan
tempat tinggal murid.
Contoh Standard Pembelajaran dalam Sejarah
KSSR:
Standard Kandungan 1.1 Mengetahui dan memahami pengertian dan kemahiran sejarah
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber
sejarah
1.1.2 Mengenalpasti konsep masa silam dan ruang
berdasarkan garis masa dan kronologi
1.1.3 Mengenalpasti peristiwa sejarah mengikut
garis masa
Standard Prestasi dalam Sejarah
§
Standard prestasi merupakan satu bentuk
pentaksiran standard yang dibuat ke atas setiap individu murid menerusi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
§
Pentaksiran ini merupakan satu proses
untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat
atau telah menguasai apa yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
§
Pentaksiran standard prestasi ini dibuat
menggunakan “band” di mana “band” merupakan pengkelasan terhadap tahap
penguasaan murid terhadap standard kandungan dan standard pembelajaran yang
telah dipelajari.
§
Tafsiran prestasi murid mengikut “band”
adalah seperti berikut:
TAFSIRAN UMUM DALAM PERNYATAAN STANDARD
PRESTASI
|
|
BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau respons terhadap perkara yang asas.
|
2
|
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang yang
telah dipelajari.
|
3
|
Murid boleh menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
|
4
|
Murid melakukan suatu kemahiran dengan
beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
|
5
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta
tekal dan bersikap positif.
|
6
|
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
|
§
Walaubagaimanapun, Kurikulum Standard
Sejarah Sekolah Rendah yang diperkenalkan pada tahun 2014 menggunakan tafsiran
pernyataan standard prestasinya yang tersendiri.
TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH
RENDAH
|
|
BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
Mengetahui perkara asas berdasarkan
ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
2
|
Memahami perkara asas berdasarkan ilmu
sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
3
|
Menerangkan perkara asas berdasarkan
ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
4
|
Menguasai pengetahuan dan kemahiran
secara tersusun berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
5
|
Membuat penilaian berdasarkan ilmu
sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
6
|
Melahirkan idea berdasarkan ilmu
sejarah dan nilai yang dipelajari.
|
Contoh Tafsiran Standard Prestasi Berdasarkan
Standard Kandungan:
Standard Kandungan:
5.2 Mengetahui dan memahami Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
Tafsiran Standard Prestasi:
TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
BAGI STANDARD KANDUNGAN 5.2
|
|
BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
Murid mengetahui tentang Parameswara
sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
|
2
|
Murid mengetahui tentang Parameswara
sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
|
3
|
Murid boleh menerangkan tentang
Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka dengan contoh.
|
4
|
Murid boleh menguasai maklumat tentang
Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka untuk diteladani.
|
5
|
Murid boleh membuat penilaian tentang
Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan dihubungkait dengan
kehidupan masa kini.
|
6
|
Murid boleh menzahirkan idea yang
rasional tentang warisan Kesultanan Melayu Melaka dengan institusi beraja.
|
7. KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Huraian dan Perincian Kurikulum Sejarah
§
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah
melibatkan tiga tahap bermula dari Tahun Empat di Tahap II hingga ke Tahun
Enam.
§
Kandungan dan tema kurikulum Sejarah
adalah berbeza mengikut tahun di mana murid di Tahun Empat diperkenalkan dengan
tema “Sejarah Awal Negara”, tema “Kedaulatan Negara” di Tahun Lima dan
“Kemakmuran Negara Kita” di Tahun Enam.
§
Antara topik-topik yang dipelajari
melalui Sejarah KSSR termasuklah:
1.
Mari Belajar Sejarah
2.
Kehidupan Zaman Air Batu
3.
Kehidupan Zaman Prasejarah
4.
Kerajaan-kerajaan Melayu Sebelum
Kesultanan Melayu Melaka
5.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
6.
Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu
Melaka
7.
Negeri-negeri di Malaysia
8.
Sejarah Sabah dan Sarawak
9.
Identiti Negara Kita
10. Sejarah Awal Negara Kita
11. Kedaulatan Negara Kita
Bentuk Kurikulum
§
Reka bentuk Kurikulum Standard Sejarah
Sekolah Rendah dibuat secara modular di bawah Tunjang Kemanusiaan.
§
Melalui tunjang kemanusiaan, murid diberi
penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan.
§
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah
dilaksanakan berpandukan kepada beberapa dokumen kurikulum termasuklah:
1.
Dokumen Standard Kurikulum
2.
Dokumen Standard Pentaksiran
3.
Buku Teks
§
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah
disusun berdasarkan beberapa kriteria termasuklah:
1.
Kronologi
2.
Tematik
§
Penyusunan kandungan sejarah secara
kronologi bermaksud penyusunan kurikulum mengikut perkembangan tahun dan abad.
(Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989)
§
Penyusunan secara berkronologi ini akan
dimulakan dengan pernyataan tentang peristiwa sejarah yang berlaku terlebih
dahulu berbanding peristiwa selepasnya.
§
Penyusunan mengikut kronologi membolehkan
penceritaan peristiwa sejarah disampaikan dengan lebih tersusun dan kukuh
mengikut rentetan waktu yang berkesan. (Omardin&Yunus, 1996)
§
Penyusunan berkronologi ini akan
memudahkan lagi pemahaman murid yang melihat kesinambungan di antara satu
peristiwa dengan peristiwa yang lainnya.
§
Selain itu, reka bentuk susunan kurikulum
Sejarah KSSR juga dibuat secara tematik iaitu mengikut tema-tema tertentu.
§
Terdapat tiga tema yang telah dipilih
dalam Sejarah KSSR iaitu “Sejarah Awal Negara”, “Kedaulatan Negara” dan
“Kemakmuran Negara Kita”.
§
Penyusunan kandungan kurikulum sejarah
secara bertema, berkronologi dan disusun mengikut tajuk membolehkan murid
menghayati dan menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2013)
Rasional Kurikulum Sejarah
§
Pengenalan Kurikulum Standard Sejarah
Sekolah Rendah adalah bertujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui
pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi masa kini.
§
Melalui pembelajaran Sejarah, murid dapat
membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan
tokoh-tokoh terlibat. Murid dapat membuat perbandingan pengalaman manusia dan
seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli
dalam sesebuah masyarakat.
§
Pemahaman asas tentang sejarah negara
dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia.
Komponen Kurikulum Sejarah
ú
Dalam menggubal Kurikulum Standard
Sejarah Sekolah Rendah, terdapat tiga komponen utama yang ditekankan dalam
pembinaan kurikulum ini iaitu:
1.
Organisasi Kurikulum;
2.
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah;
3.
Penilaian.
1. Organisasi Kurikulum:
ú
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
(Kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk
minat murid terhadap sejarah.
2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah:
ú
Terdapat beberapa kaedah PdP Sejarah yang
telah dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah termasuklah:
1.
Kajian Kes
2.
Kemahiran Berfikir
3.
Belajar Cara Belajar
4.
Pembelajaran Masteri
5.
Pembelajaran Akses Kendiri
6.
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
7.
Pembelajaran Secara Kontekstual
8.
Pembelajaran Secara Kontruktivisme
9.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
10. Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
11. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12. Aplikasi Teknik Theory of Constraints
13. Belajar Sambil Bermain
14. Experiental Activities Planner
15. i-Think
3. Penilaian:
ú
Penilaian dalam Kurikulum Standard
Sejarah Sekolah Rendah adalah berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
* Sudah dibincangkan dalam bahagian
sebelumnya.
8. KAITAN KURIKULUM SEJARAH DENGAN KEHIDUPAN
INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
§
Bagi melahirkan individu, masyarakat dan
negara yang patriotik, terdapat beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam
Sejarah KSSR yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat
dan negara termasuklah:
1.
Tujuh Dimensi Kewarganegaraan
2.
Nilai Sivik
3.
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
4.
Pendekatan PdP
5.
Standard Prestasi
No comments:
Post a Comment