1.0 PENYATAAN MASALAH
Melaka
merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah.
Tempat-tempat sejarah ini dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada negara
kita. Antara tempat tempat sejarah yang terkenal di Melaka Ialah Kota A famosa
, Christ Church, Perigi Hang Li Poh , Kota St.John dan juga Bangunan
Merah. Bangunan Merah ini hanya dikenali
sebagai tempat sejarah tetapi ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Permasalahan yang wujud apabila penyelidik ingin melaksanakan penyelidikan
tentang bangunan sejarah di Melaka bagi penulisan sejarah ialah orang tempatan
hanya mengenal bangunan Merah sahaja.
Sebenarnya bangunan Merah itu mempunyai nama yang tersendiri. Namanya
ialah Bangunan Stadthuys. Dalam kajian ini, penyelidik menerangkan tentang
sejarah Bangunan Stadthuys, seni bina, cara pembinaan dan sebagainya. Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota
Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. bangunan ini mempunyai
keistimewan yang tersendirinya yang dapat menjadi tempat pelancongan utama di
Melaka.
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidik
diminta untuk membuat satu penyelidikan bagi penulisan sejarah. Tajuk kajian yang telah dipilih
adalah bangunan Sejarah di Melaka. Penngaji tertarik kepada Bangunan Merah di
Melaka. Oleh itu penyelidik membuat kajian tentang bangunan tersebut. Nama
bangunannya ialah Bangunan Stadthuys. Kajian ini merangkumi objektif-objektif
tertentu. Antaranya ialah seperti berikut :
mengenal
pasti tentang sejarah Bangunan Stadthuys
mendapatkan
bahan sumber pertama tentang Bangunan Stadthuys.
menambah
pengetahuan tentang bangunan sejarah di Melaka
mengenal
pasti seni bina , cara pembinaan dan
reka bentuk bangunan Stadthuys.
menanam
semangat patriotik dalam diri.
3.0 KAEAH
KAJIAN
Bagi
menjalankan kajian ini penyelidik telah menggunakan beberap kaedah untuk
mendapatkan maklumat tentang Bangunan
Stadthuys ini. Antarnya ialah:
Melayari
internet
Penyelidik
menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan gambaran awal tentang bangunan ini.
Hal ini keran ia membantu penyelidik untuk lebih mendalami tentang bangunan
yang bersejarah ini. Maklumat yang terdapat dalam internet telah memupuk
semangat inkuiri penemuan dalam diri penyelidik sehingga mula mencari maklumat
dengan lebih banyak dari pelbagai sumber.
Bulu
ilmiah
Penyelidik
juga mendapatkan maklumat daripada buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam
Jasin. Terdapat banyak maklumat tentang bangunan Stadthuys ini.
Lawatan
Penyelidik
telah melawat bangunan Stadthuys ini. Penyelidik juga telah membuat lawatan ke
bangunan ini untuk mendapat maklumat daripada pegawai-pegawai di sana.
Pengalaman lawatan ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi penyelidik
kerana penyelidik mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih mendalam
tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.
Temu
bual
Penyelidik
juga telah menemubual dengan beberapa orang di sana untuk mendapatkan maklumat
secara lisan. Penyelidik juga menemubual dengan pegawai-pegawai yang bertugas
disana. Mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik dan memberi tunjuk
ajar.
4.0 SOALAN KAJIAN
Penyelidik
telah merangka beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tentang bangunan
Stadthuys ini. Dalam proses mendapatkan jawapan bagi soalan ini, penyelidik
dapat menyempurnkan penulisan sejarah dengan lebih sempurna. Soalan-soalan ini
merupakan kerangka bagi penulisan
sejarah yang disiapkan ini. Antara
soalan-soalan yang ditanya untuk mendapat maklumat ialah :
Apakan
nama sebenar bagi bangunan merah yang sangat kenal di Melaka?
Siapakah
pengasas bagi bangunan ini?
Apakah
tujuan bagi pembinaan bangunan ini?
Adakah
bangunan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri?
Apakah
bahan-bahan yang digunakan untuk membina bangunan merah ini?
Apakah
kegunaan bangunan ini pada zaman dahulu dan kini?
5.0
PENULISAN KAJIAN
CONTOH ESAI SEJARAH 2
5.1 LATAR BELAKANG BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan
ini merupakan bangunan yang tertua di Melaka yang telah dibina oleh pemerintah
Belanda di Melaka. Bangunan ini juga dikenali sebagai bangunan yang tertua
binaan penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara. Stadthuys dalam bahasa Belanda yang bermaksud State House
(dewasan Bandaran). Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara
jam. Bangunan ini juga terletak berdekatan dan bersebelah dengan Gereja Christ
di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai
penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor.
Bangunan Stadthuys pada zaman Belanda mempunyai dua
tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat
dan bahagian belakang mempunyai dua tingat. Kedudukan di lereng bukit menjadikan bangunan
ini kelihatan bertingkat-tingkat. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor
Belanda hingga awal kurun ke 18 dan pusat pentadbiran Belanda. Bangunan ini terkenal dengan warna merah
tetapi asalnya ia berwarna putih pada tahun 1961 bangunan ini dijadikan sebagai
pusat pentadbiran negeri. Bangunan Stadthuys ini juga telah dikenali sebagai
Dutch Square dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong dari Belanda.
5.1.1 ASAL – USUL BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan
ini merupakan salah satu tempat sejarah di Melaka yang dikenali sebagai
bangunan merah. Bangunan ini diberi nama sebagai Bangunan Stadthuys. Stadthuys
dalam bahasa Belanda ialah bermaksud
Dewan Bandaran. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula, Stadthuys , “State Building” yang bermaksud perbandaran.
Bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18
dan juga menjadi pusat pentadbiran Belanda.
Struktur pembangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang
halus. Dalam bidang pendidikan, bangunan
ini mempunyai satu catatan dimana pada abag ke-19 ketika pemerintahan Inggeris,
sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai MALACCA
FREE SCHOOL dibina di
perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu, pendidikan sekolah diberikan secara
percuma oleh pihak Inggeris.
Bagaimanapun kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak golongan
Cina yang kaya.
Catatan sejarah juga menunujukkan sepucuk
surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkna
sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis
perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja ,Encik. J.Humprey, J.W. Overee
dan A.W.Baumgarten. Akhirnya sekolah itu
dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca
Free School yang pertama ialah Encik.
T.H Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar
di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajarnya bermula jam 9 pagi
hingga 12 tengah hari dan disambung dari
2 petang hingga 4 petang. Bilangan pelajar Melayu yang dihantar ke
sekolah ini tidak ramai dan berkurangan. Hal ini kerana, kebanyak ibu bapa menghantar
anak-anaknya ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa penghantarnya
Bahasa Inggeris tetapi mereka juga diberi peluang untuk belajar bahasa-bahasa
asing seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina.
Pada
bulan Ogos 1878, Kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut
daripada gologan paderi dan menamakannya MALACCA HIGH SCHOOL atau Sekolah
Tinggi Melaka. Pengetua barunya ialah
Encik.A.Armstrong. Pada tahun
1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng
hingga sekarang. Bangunan ini kini menempatkan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri
Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium
Yang Di-Pertua Negeri.
5.1.2 PENGASAS DAN TARIKH PEMBINAAN BANGUNAN
STADTHUYS
Pengasas bangunan Stadthuys
ialah pemerintah Belanda pada tahun 1650. Pemerintahan Belanda membinanya
setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Tiada sebarang
rekod yang menyatakan tarikh tepat bangunan ini dibina. Menurut padangan orang,
bangunan ini telah dibina pada tahun 1641 hingga 1656. Ada juga yang menyebut
bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an. Oleh itu, bangunan ini tidak
mempunyai sebarang rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini siap
dibina.
5.1.3 LOKASI BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan Stadthuys ini
terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul.
lokasi bangunan ini lebih dijelaskan lagi dalam penerangan yang dipetik dalam
sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1870 iaitu “ The two plate of Malacca engraved for the eight volume of Pinkertones
generak collection of vogayes published in 1811 from a scetch made by E.H
Locker in 1807”. Bangunan Stadthuys yang asaslnya dibina pada zaman belanda
yang belum ditokoktambah. Kedudukan
Locker melukisnya dianggarkan bertentangan dengan Gereja Christ yang melukiskan
bahagian sisi hadapan bangunan Stadthuys dilukis dengan lebih jelas.
Bangunan
ini juga dipercayai merupakan bangunan yang dibina pada zaman Belanda dan telah
diubahsuai menjadi dua tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris. Terdapat juga
beberapa kemungkinan yang dibuat
menyatakan bahawa semasa lukisan dibuat Kota Melaka belum lagi diruntuhkan oleh
pemerintahan Inggeris. Menurut Munshi
Abdullah bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Bandar Hilir yang masih
wujud hingga sekarang ini sama seperti pintu utama di hadapan Sungai Melaka.
Perbezaan kecil yang dapat dikesan antara kedua-dua pintu ini ialah tempat
berkawal di pintu kota utama terdapat juga di bahagian belakang pintu kota
manakala di pintu Kota Santiago (Bandar Hilir) terdapat tempat askar berkawal. Pintu kota dari Sungai
Melaka merupakan pintu kota utama yang menjadi tumpuan setiap pedagang yang
berurusan di Melaka yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan
Stadthuys.
Selain
itu, terdapat juga jambatan gantung yang dibina merentangi Sungai Melaka
bertentangan dengan pintu kota utama dan juga berhampiran dengan bangunan
Stadthuys. Jambatan ini merupakan satu binaan yang menarik di Belanda dan dibawa ke Melaka. Pada zaman Belanda terdapat dua jambatan gantung di Sungai Melaka
dan di ruang bertentangan dengan Kota Santiago. Jambatan gantung di Sungai
Melaka dibina lebih besar dan boleh diangkat dan diturunkan di tebing sebelah kiri dan
kanan sungai manakala jambatan di arah Bandar Hilir diangkat pada waktu senja
supaya tiada orang yang melaluinya pada waktu malam. Jambatan gantung yang berdekatan dengan Stadthuys ini memudahkan kapal keluar masuk
untuk memunggah barang dagangan. Kesimpulannya bangunan ini terletak
berhampiran dengan simpang Jalan Kota dan Jalan Gereja Christ.
5.1.4 TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN STADTHUYS
Bangunan ini dibina bagi
tujuan buat penempatan bagi tempat pentadbiran pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman bagi
Gabenor Belanda di Melaka. Bangunan
merah ini juga merupakan tempat
pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda terkumpul. Bangunan ini juga
mempunyai satu tempat yang khas untuk hamba abdi yang disebut sebagai
Misericordia. Pada zaman pemerintahn Inggeris bangunan ini tidak lagi digunakan
sebagai pusat pentadbiran. Hal ini
kerana , mereka telah membina sebuah kediaman khas untuk Gabenornya di puncak bukit
berhampiran dengan Gereja St.Paul yang tidak jauh dari bangunan Stadthuys. Selepas kemerdekaan juga, bangunan tersebut
masih digunakan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejak
tahun 1957 hingga 1980. Selepas tahun 1980an bangunan baru dibina untuk
kegunaan pentadbirannya. Perasmian bangunan ini pada zaman Belanda tidak
dinyatakan dengan begitu tepat. Bangunan Stadthuys yang telah dijadikan sebagai
Muzium Sejarah dan Ethnografi telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri yang
keempat Dr.Mahathir Mohammad pada tahun 1993.
Bangunan Stadthuys ini telah
dibiayai oleh pihak Belanda yang telah
menjadi pengasas kepada bangunan ini pada masa itu.
5.2 REKA BENTUK PLAN BANGUNAN STADTHUYS
Pada zaman pemerintahan Belanda bangunan Stadthuys
ini mempunyai tiga bahagian utama. Terdapat 11 ruang pada bahagian ini yang
ukurannya berbeza antara satu sama lain. Tembok belakang ruang-ruang ini
merupakan tembok penahan lereng Bukit St.Paul yang atasnya merupakan satu ruang
yang gelap. Ruang tersebut dijadikan sebagai bilik kurungan bagi hamba abdi
yang dipanggil sebagai “Misericordia”. Hal
ini disebabkan tingkap pada tembok dan
pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kuku.
Pada
tingkat satu ruang utama dipercayai digunakan sebagai
pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini
dianggap sebagai istimewa kerana bahagian sylilingnya dibuat daripada kayu jati
yang dihias dengan bingkai berukir. Pada bahagian belakang bangunan ini
dikatakan sebagai dapur atau kantin untuk pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berehat. Terdapat
juga anjung kecil yang dibuat bertentangan dengan kedudukan anatara dua tangga
adalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor memberi ucapan dan tabik
hormat pada hari-hari perbarisan.
Dua
banguanan kiri dan kanan dari ruang utama dan di antaranya pula merupakan
taman. Hanya ruang yang paling atas dikatakan sebagai tempat penginapan Gabenor
sebelum kediaman rasminya dibina. Kaligrafi China juga dilukis pada sekeliling
tembok. Dalam bangunana Stadthuys ini juga terdapat sebuah pergi yang disusun
empat persegi dengan menggunakan batu laterit telah ditemui di antara dua
bahagian sambungan ruang taman. Perigi ini ditemui semasa kerja-kerja
menyediakan pelan bangunan Stadthuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980an.
Perigi ini dipercayai perigi yang digali
pada zaman pemerintahan Portugis. Hal ini kerana binaannya terdapat batu
latenit dan semasa dikesan perigi ini telah ditimbus padat.
Terdapat
juga anggapan yang menyatakan bahawa dua tangga
naik yang terdapat pada bahagian hadapan bangunan ini (berhadapan dengan
pancutan air dan Jam besar daripada perubaha sekarang) asalnya merupakan
tanggan yang dibina tegak telah diubah menjadi separuh tegak. Tangga ini telah
diubah semasa pemerintahan Inggeris.
5.2.1 BAHAN BINAN BANGUNAN STADTHUYS
Asas
dan bahan binaan bangunan Stadthuys ini berbeza dengan bangunan masa kini.
Keseluruhan bahagian asas dan tembok dasar terletak di tanah keras dan
bongkahan batu laterit. Ukuran tembok
yang diperbuat daripada batu laterit telah dibina berbentuk empat persegi bujur
tidak menetu. Bahagian atas tembok
bangunan ini disusun bercampur-campur dengan batu laterit dan juga batu-bata
pada zaman Belanda. Tembok asas dibina
agak tebal iaitu 3 kaki dan mengecilkan sedikit dibahagian atas. Oleh kerana
bangunan merah ini mempunyai tembok yang
tebal ia memberi kekuatan kepada bangunan ini untuk terus kekal sehingga kini.
Plaster yang digunakan pada bangunan ini menggunakan motor kapur yang
dipercayai sukar untuk dibuat.
Lantai
bangunan Stadthuys ini terdiri daripasa 3 bahan utama iaitu tarakota, granit
dan kayu. Lantai tarakota dan granit merupakan lantai yang tidak berasaskan
tanah dan lereng bukit. Lantai tarakota ini ditempatkan di anjung bertentangan
dengan jam besar dan di verandah bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penaha dan banguanan lama di lereng
bukit St.Paul. Lantai granit pula digunakan hampir dengan keseluruhan ruang dan
veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah. Bahagian
dalam bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang
disusun batu-bata zaman Belanda.
Penggunaan lantai yang berbeza dan tidak seragam di tingkat satu
menjadikan bangunan ini bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman
pemeritahan Belanda di Melaka.
Tambahan
pula, bangunan ini juga diperbuat daripada kayu-kayu. Kayu-kayu yang digunakan
dalam pembinaan bangunan Stadthuys ini
sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik di
negara kita pada zaman tersebut. Pengunaan kayu dihadkan pada zaman tersebut kerana negara kita kekurangan kayu jati.
Siling bahagian utama bangunan Stadthuys in merupakan siling dua lapis.
Manakala siling di bahagian belakang merupakan siling selapis yang disusun mengikut
curam bumbung. Bangunan merah ini juga
telah menggunakan genting China dan
genting Inida. Hal ini kerana beberapa bahagian dari bangunan ini merupakan
bangunan tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris.
Tingkap-tingkap
yang terdapat di bangunan utama ini merupakan tingkap empat petak dan merupakan
tingkap dua lapis. Pada bahagian luar ,tingkapnya diperbuat daripada kayu dan ruang tingkap ini merupakan tingkap
kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan bawah. Terdapat juga tingkap cermin
di bahagian dalam banguan ini.
5.2.2 CARA PEMBINAAN
Cara pembinaan Bangunan Stadthuys
ini tidak mempunyai sebarang catatan. Sudah pastinya bangunan ini mempunyai
cara binaan yang tersendiri mengikut pemerintahan Belanda. Hal ini kerana,
bangunan ini dibina oleh orang Belanda untuk dijadikan sebagai pusat
pentadbiran Belanda. Bangunan Stadthuys
ini dikelilingi dengan tembok-temnok besar yang dijadikan bangunan ini kukuh
sehingga kini. Tembok-tembok asal bangunan ini dibina agak tebal iaitu 3 kak persegi dan mengecil sedikit bahagian
atas. Plaster yang digunakan pada keseluruhan bangunan ini menggunkan motor
kapur iaitu kulit kerang yang direndam dan dihancurkan serta dicampurkan dengan
pasir, air dan bahan-bahan pelekat iaitu madu dan putih telur. Lantai pada
bangunan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, tarakota, granit dan
kayu. Kayu-kayu yang digunakan merupakan kayu jati. Kayu kekuda yang digunakan
berukuran 10 inci x 10 inci. Kayu lantai pula antar 10 hingga 12 inci dengan
ketebalan hampir 2 inchi.
Orang Belanda di Melaka membina bangunan merah ini
dengan menggunakan ciri-ciri dan teknik-teknik seperti bangunan di negara
Belanda. Bumbung yang dibina curam memudahkan saiji larut ke bawah dan tidak
berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban tanggungan yang memungkinkan bumbung runtuh. Warna
sebenar bangunan Stadthuys ialah warna putih namun ia telah ditukar warna
kepada merah oleh pemerintah Inggeris pada 1980. Menurut kepercayaan masyarakat
tempatan. Ia bertujuan untuk menambahkan kehebatannya supaya mudah dikenali
manakala warna putih mudah kelihatan kotor jika berbanding dengan warna merah.
Ada juga andaian-andaian bahawa
penoreh-penoreh getah yang berbangsa India yang dibawa masuk suka meludah air
pinang yang berwarna merah ke dinding Stadthuys. Jadi untuk menyelesaiakan
masalah meludah ini, pihak Inggeris bertukar warnanya ke merah supaya air
pinang itu tidak kelihatan. Walau bagaimanapun ia dikatakan sebagai andaian
sahaja dan ia tidak mempunyai rekod yang membuktikan andaian tersebut. Tiada
catatan yang menyatakan sebab-sebab yang munasabah yang menjadi punca
pertukaran warna bagi bangunan merah yang bersejarah ini.
5.2.3
PENGUBAHSUAIAN BANGUAN STADTHUYS
Pelan
bangunan Stadthuys ini telah direkbentuk oleh seorang jurutera yang pakar
mengenai bangunan–bangunan lama di Belanda iaitu Laurens Vis yang telah
diundang khas. Pengubahasuain hanya dapat dilakukan pada pertengahan tahun
disebabkan oleh beberapa masalah. Kerja-kerja pembaharuan dilakukan oleh
Jabatan Kerja Raya dan belanjaannya ditangguh sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri
Melaka. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibahagi kepada dua fasa. Antaranya
ialah :
Fasa
Pertama
Hanya
melakukan kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan
Fasa
Kedua
Kerja-kerja
dalam bangunan.
Kerja Pengubahsuaian Fasa Pertama
Kerja
pengubasuaian telah dilakukan pada pertengahan tahun 1986. Kerjanya dimulakan
dengan memecahkan dan membersihkan binaan-binaan tambahan baru terutamanya
binaan-binaan berbentuk sementara seperti tandas dan sector yang dibina di
ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang yang terbuka. Antara
kerja-kerja fasa pertama ialah meruntuhkan bangunan –bangunan binaan baru dan
membersihkan kawasan tersebut. Seterunya membuka atap genting Belanda dicuci
dan digunakan semula. Manakala atap genting China dan India ditukarkan kepada
corak asal Belanda. Kerja kayu juga telah dilakukan. Merawat kerja kayu yang
masih boleh digunakan dan mengantikan kayu-kayu yang rosak. Kerja
pengubahsuaian yang terakhir bagi fasa pertama ialah menguat dan membaikpulih
beberapa bahagian bangunan yang retak dan plaster yang tidak boleh digunakan
ditanggalkan dan diplaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai.
Kerja-kerja pengubahsuaian ini tamat pada tahun1988.
Kerja Pengubahsuain Fasa Kedua
Kerja
–kerja fasa dua mula dilakukan pada bulan Ogos 1988. Pertukaran dan
pengubahsuaian dilakukan dari bahagian dalaman, lantai dan keseluruhan bahagian
luar bangunan Stadthuys ini. Antara kerja yang dilakukan adalah membersihkan
bangunan tambahan yang baru di bangunan ini. Seterunya kerja baihpulih
tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan jenis yang seakan sama dengan
bahan binaan asal dilakukan. Meruntuhkan dan membersihkan binaan tambahan baru
di ruang terbuka dilakuakn. Pintu dan tingkap buatan baru yang serupa dengan
bentuk pintu zaman Belanda ditukarkan semula. Walaupun kerja pengubahsuaian
dilakukan bentuk dan rupa banguan Stadthuys dikekalkan sebagai memori negeri
Melaka.
Terdapat
temuan yang paling istimewa iaitu temuan perigi yang merupakan larian tembok
bangunan yang terletak berhampiran dengan jalan naik ke rumah kediaman Gabenor.
Penemuan ini ditemukan semasa kerja-kerja fasa kedua dijalankan. Semua temuan
–temuan dikekalkan dalam bentuk asal tanpa mengubahnya. Banguanan Stadthuys
yang kini dikenali dengan Muzium Sejarah
dan Ethnografi akan dapat melihat semua peninggalan yang ditemui semasa
kerja-kerja pembaharuan dijalankan. Antaranya ialah sistem perparitan yang
ditemui telah dibina semasa zaman Portugis yang terletak di ruang utama berhampiran dengan pintu masuk.
Kesan peninggalan lama dalam banggunan Stadthuys ialah terdapat di ruang
terbuka bahagian belakan bangunan merah ini. Kerja-kerja pengubahsuaian fasa
kedua disiapkan pada tahun 1990. Pihak pengurus bangunan ini masih melakukan
kerja penjagaan bangunan ini dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan
peninggalan-peninggalan yang sejarah ini di Melaka.
5.3 KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG BANGUNAN
STADTHUYS
5.3.1 KEGUNAAN DAHULU BANGUNAN
STADTHUYS
Bangunan
Stadthuys ini merupakan pusat pentadbiran semasa pemerintahan Belanda. Ia juga
merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda. Tentera-tentera dan
pembesar-pembesar Belanda juga berkumpul di bangunan merah ini. “Misericordia”
yang lebih dikenali sebagai hamba abdi Belanda dikurungkan di sini. Pada zaman
pemerintahan Inggeris pula bangunan ini hanya digunakan sebagai pusat
pentadiran dan ia tidak digunakan sebagai tempat kediaman Gabenor. Hal ini kerana,
tempat kediaman Gabenor ditukarkan ke tempat yang khas di puncak bukit yang
berhampiran dengan Gereja St.Paul.
Disamping
itu, bangunan ini juga mempunyai catatan bahawa ia digunakan sebagai sekolah
yang memberikan pendidikan percuma oleh Inggeris. Pengunaan bangunan ini
sebagai sekolah bermula pada tahun 1825 hingga ke 1931. Selepas kemerdekaan
juga bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai pusat pentadbiran negeri.
Jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan
Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Buruh , Pendaftaran dan
lain-lain.
Pada
tahun 1979, jabatan-jabatan di bangunan ini dipindahkan. Walaubagaimanapun
bangunan ini tetap tidak dibiarkan kosaong, Pejabat Antikuiti Wilayah Selatang
yang dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatang berpindah ke tingkat atas yang
terdapat lukisan kaligrafi China pada tahun 1980. Seterusnya, Ketua Menteri
Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tamby Chik berusaha menjadikan ruang utama banguan
Stadthuys ini sebagai Muzium Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. Selepas
kerja-kerja pemulihan yang dimulakan dan diterajui oleh JKR Melaka disiapkan
pada tahun 1990. Pada tahun 1991 bangunan yang dikenali sebagai Muzium Sejarah
Melaka ditukarkan kepada Muzium Sejarah dan Ethnografi. Datuk Dr. Mahatir bin
Muhammad membuat perasmian semula kepada bangunan ini pada tahun 1993.
5.3.2 KEGUNAAN SEKARANG BANGUNAN
STADTHUYS
Bangunan
Stadthuys kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi. Muzium Sejarah
terletak di aras 2 dan Muzium Ethnografi terletak di aras 1 Bangunan Stadthuys.
Muzium Ethnografi ini memberi penekanan kepada corak hidup masyarakat
Melayu,Cina, India, Baba Nyonya ,Chetti dan juga Portugis. Dalam muzium ini
terdapt juga gambaran berkaitan dengan adat istiadat perkahwinan, cara hidup
seharian, peralatan yang digunakan, peralatan muzik. Terdapat juga
senjata-senjata , matawang zaman Belanda dalam koleksi muzium ini. Manakala
dalam muzium Sejarah pula, lukisan dan artifak yang berkaitan dengan sejarah.
Sejarah Melaka dari penubuhannya pada tahun 1400-1957 juga dipaperkan disini.
Melalui ini sejarah Melaka masih dikekalkan untuk pengetahuan orang ramai di
Melaka.
6.0
RUMUSAN
Kesimpulannya,
bangunan Stadthuys ini perlu dikekalkan selama-lamanya untuk menjadikan sebagai
sumber utama tentang penjajahan Belanda di Melaka. Walaupun negara kita
mencapai kemerdekaan tetapi bangunan yang dibina oleh penjajah tetap membantu
negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya
memelihara dan memulihara bangunan-bangunan sejarah seperti ini dan tidak
dipersia-siakan begitu sahaja. Bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai
Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mengalakan bilangan pelancong untuk
berkunjung ke negeri Melaka.
Bersyukur ke hadrat tuhan
kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus ini bagi
mata pelajaran SJH 3103 PENULISAN SEJARAH. Saya ialah Gokiladevi A/P
Chandrakumar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP
Semester 5 2015 ). Sekalung terima kasih
saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu
EN. MOHD NOOR BIN CHIN diatas tunjuk ajarnya. Beliau telah banyak mendorong dan memberi
pendedahan yang jelas tentang tugasan ini.
Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Saya telah menghadapi beberapa
kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa
agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat
awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula,
saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan
persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam penulisan sejarah. Selain itu ,
kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber –
sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada
rakan saya yang sudi membantu saya. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang
dijalankan bersama rakan – rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan
tugasan ini. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya
mencari jalan penyelesaian dengan melawat tempat bersejarah di Melaka untuk
mendapatkan maklumat melalui sumber pertama..
Banyak pengajaran yang saya perolehi
dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana
kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya
pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati
masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang
ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi
orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan.
Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan
latihan awal untuk saya terus menjadi lebih matang dan mampu menguruskan masa
dengan baik kelak. Tidak dinafikan terdapat juga tekanan emosi ataupun stress
yang saya alami semasa penghasilan kerja projek ini, tetapi atas sokongan dan
nasihat daripada sahabat-sahabat saya , saya dapat menyempurnakannya. Hal ini
juga melatih saya supaya tidak mencampur adukkan emosi saya dengan kerja yang
saya lakukan supaya hasil kerja yang berkualiti sentiasa dapat diwujudkan.
Jadi, di sini saya dapat menyedari bahawa ketahanan mental merupakan salah satu
kriteria yang amat penting pada seorang guru.
Tugasan ini secara jujurnya,
menjadikan saya lebih semangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan
pengetahuan daripada pensyarah saya yang mempunyai banyak pengalaman dalam
bidang pengajaran ini. Tugasan ini mendorong saya untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti di sekolah nanti. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih
kepada pihak yang bertugas di bangunan Stahdthuys yang kini dikenali sebagai
Muzium Sejarah dan Ethnografi atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali,saya berasa sangat
bertuah kerana dengan adanya tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit
sebanyak menambah pengetahuan saya. Apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya
akan mencuba untuk mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti agar generasi
pelajar mendapat manfaat.
7.0 RUJUKAN
(2013
Mac 8 ), Bangunan Stahdthuys. Wikipedia, diperoleh pada 30 Mac 2015 dari
(2010
february 21), Bangunan Bersejarah Di Melaka , diperoleh pada 30 Mac 2015 dari
Fairus
(2012 September 15), Bangunan Stadthuys, diperoleh pada 30 Mac 2012